Piala Menteri Wilayah: KL City juara, keputusan VAR curi tumpuan

Piala Menteri Wilayah: KL City juara, keputusan VAR curi tumpuan

Piala Menteri Wilayah: KL City juara, keputusan VAR curi tumpuan
Paulo Josue meraikan jaringan penalti yang dilakukan hasil daripada keputusan VAR sebentar tadi. – Foto ihsan KL City

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mempamerkan aksi bertenaga apabila menjulang trofi pramusim, Piala Menteri Wilayah dengan menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Warga Kota kendalian Miroslav Kujanac membariskan kesebelasan terbaik dengan kehadiran pemainpemain utama seperti Brendan Gan, Paulo Josue, Declan Lambert dan Ryan Lambert.

Perlawanan yang menggunakan ujian video bantuan pengadil (VAR) secara langsung buat kali pertama itu berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.



KL CIty berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-23 hasil jaringan pemain sensasi, Zhafri Yahya.

Sistem VAR akhirnuya digunakan buat kali pertama dengan keputusan memihak kepada KL City apabila pengadil, Mohd. Zamzaidi Katimin menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-37.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib




Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Josue untuk melebarkan kelebihan pasukan untuk menewaskan penjaga gol Hobin Jang Hobin, Syahmi Adib Haikal.

Tersentak dengan gol tersebut, NSFC memperkemaskan serangan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi ledekan N. Javabilaarivin pada minit ke-41.

Bersambung pada babak kedua, KL City menerima nasib malang apabila Brendan menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah selepas penelitian VAR apabila melakukan terjahan ke atas A. Selvan pada minit ke-79.



Meskipun beraksi dengan 10 pemain, NSFC yang dikendalikan oleh Azzmi Aziz gagal mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Piala Menteri Wilayah: KL City juara, keputusan VAR curi tumpuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading