Tentera Korea Selatan dakwa Korea Utara mula lancar peluru berpandu balistik

Oleh – Syeikh Baran


Tentera Korea Selatan dakwa Korea Utara mula lancar peluru berpandu balistik
Korea Utara telah mengingkari larangan Majlis Keselamatan PBB untuk membangunkan peluru berpandu balistik, dengan mendakwa bahawa ia melanggar hak kedaulatannya untuk mempertahankan diri. – Foto AFP

Tentera Korea Selatan mendakwa Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu balistiknya ke kawasan laut di luar pantai timur negara berkenaan sebagai latihan ketenteraan terbaharu mereka pada tahun ini.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu tidak dikenali ke bahagian Laut Timur negara berkenaan atau dikenali sebagai Laut Jepun.



Sementara itu, dalam ciapan di platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, Kementerian Pertahanan Jepun turut mengesahkan mengenai pelancaran peluru berpandu berkenaan itu dilakukan daripada Korea Utara.
 

Memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Jepun, pengawal pantai Jepun berkata peluru berpandu berkenaan kelihatan sudah jatuh ke tempat yang dituju sejurus pengumuman awal dilakukan.

Menurut sumber yang namanya tidak mahu disiarkan berkata, media Jepun termasuk penyiar awam NHK telah melaporkan bahawa disyaki peluru berpandu berkenaan telah jatuh di luar Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Jepun.

Laman pakar NK News yang berpangkalan di Seoul berkata bahawa tempoh penerbangan peluru berpandu berkenaan adalah begitu cepat dan mungkin di bawah sepuluh minit, iaitu membabitkan peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM) atau sistem roket pelancar berganda (MLRS) 600 milimeter.

Pelancaran terbaharu itu dilakukan selepas pemantauan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara bersenjata nuklear itu ditolak oleh Russia pada bulan lalu.



Rakan sekutu Korea Utara, iaitu Russia pada Mac lalu menggunakan kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan pemantauan PBB secara berkesan terhadap pencabulan sekatan ke atas kerajaan Korea Utara yang diketuai Kim Jong Un untuk program nuklear dan senjatanya.

Menurut laporan media kerajaan, pada Jumaat lalu, Korea Utara menguji kepala peledak terbesar yang direka untuk peluru berpandu jelajah strategik dan pada masa yang sama tentera Korea Selatan mengesahkan pihaknya telah mengesan pelancaran peluru berpandu jelajah.

Tidak seperti rakan balistik mereka, ujian peluru berpandu jelajah tidak diharamkan di bawah sekatan PBB ke atas Korea Utara. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading