Isteri bersalin di hospital, suami dihantar ke penjara

Oleh – Syeikh Baran


Isteri bersalin di hospital, suami dihantar ke penjara
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

Seorang bekas pekerja kedai serbaneka dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri wang tunai berjumlah RM8,540.60 milik sebuah kedai serbaneka, bulan lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ilham Shafiq Fithal, 22, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.



Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bagi mencapai niat telah mencuri wang tunai di dalam peti besi berjumlah RM8,540.60 milik 7 Eleven Taman Sin Hoe.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari di kedai 7 Eleven Taman Sin Hoe Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Mac 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga bekas majikan tertuduh telah dimaklumkan pekerjanya bahawa tertuduh mengambil kunci peti besi dan wang tunai di dalamnya.



Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan mendapati tertuduh yang berhenti kerja pada 26 Februari lalu telah melarikan wang tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman singkat kerana isterinya baru sahaja melahirkan anak pertama di Hospital Melaka pagi tadi.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar.



Sementara itu, dalam prosiding sama tertuduh turut mengaku bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methaamphetamine di Pejabat Narkotik Melaka Tengah kira-kira pukul 2.20 pagi pada 20 April lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan itu, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM1,500 dan menetapkan tarikh 4 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading