Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara

Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara

Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara
FOTO pada 22 April menunjukkan penduduk di kawasan terjejas dipindahkan ke lokasi selamat dengan kapal tentera laut Indonesia. FOTO AFP

Jakarta: Sebanyak 3,614 rumah rosak akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro di wilayah Sulawesi Utara minggu lepas, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jurucakapnya Abdul Muhari berkata, bilangan penduduk yang dipindahkan dari dua kampung di pulau itu berkurangan kepada 3,582 orang, daripada jumlah sebelum ini 6,045 mangsa pada Isnin.

“Sebanyak 834 penduduk tidak boleh kembali kerana rumah mereka di sekitar Gunung Ruang rosak teruk dan penduduk di Tagulandang kekal dalam zon pemindahan,” katanya dalam kenyataan.



Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk dan pelancong berhampiran kawasan itu supaya berhati-hati dan mengelak berada dalam radius empat kilometer dari pusat kawah aktif.

Timbalan Pemulihan dan Pembinaan Semula BNPB Jarwansyah yang berada di tapak terjejas sejak 18 April, mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado, kira-kira 95 kilometer dari Gunung Ruang, yang terganggu sejak Khamis lepas, disambung semula Isnin lalu.

 



Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading