Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

 

Percaturan parti-parti politik yang akan meletakkan calon di PRK DUN Kuala Kubu Baharu semakin menarik.

Perselisihan dalaman gabungan parti komponen Barisan Nasional/Pakatan Harapan dan juga di dalam Perikatan Nasional menghangatkan lagi suhu pilihanraya.



Demografi terkini pengundi di PRK Kuala Kubu Baharu menunjukkan pengundi Melayu terdiri daripada 51%, diikuti Cina 30% dan India 18%, manakala baki 1% lagi kaum lain.

Walau pun fakta menunjukkan pengundi Melayu dan Cina adalah pengundi dominan, tetapi kajian di lapangan menunjukkan pengundi India akan menjadi king maker di PRK Kuala Kubu Baharu.

10% pengundi India dikatakan telah menolak DAP.

Perikatan Nasional yang menyedari keadaan itu sedang berusaha mendapatkan antara 12% hingga 14% sokongan pengundi India.



Dengan bantuan bekas pemimpin DAP, P Ramasamy, peluang Perikatan Nasional dilihat terbuka untuk mencapai sasaran mereka.

Sekiranya faktor gelombang hijau 6 negeri masih lagi kuat, dijangkakan majoriti pengundi Melayu akan mengundi Perikatan Nasional.

Ini adalah cabaran utama bagi UMNO dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Di pihak Perikatan Nasional, dijangkakan desakan Gerakan untuk meletakkan calon mereka, akan diabaikan.



Perikatan Nasional dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon Melayu.

Persoalannya, calon Melayu dari parti mana, PPBM atau PAS?

PPBM dan PAS dilihat berminat untuk meletakkan calon masing-masing.

PPBM percaya, Azmin masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat di Selangor dan PAS pula mempunyai rancangan jangka panjang untuk menawan Selangor.



Cabaran Untuk Mendapatkan Sokongan Pengundi Melayu

 

Bagi Pakatan Harapan, ada cabaran yang besar untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu sedang menunggu mereka.

Terdapat perasaan terabai di kalangan pengundi Melayu.

Kepentingan Melayu tidak dijaga oleh dua penggal ADUN DAP, dan ADUN BN terdahulu dari MCA dan MIC.



Untuk mengatasinya, DAP berkemungkinan akan meletakkan calon Melayu.

Tambahan pula ini Selangor dan PH ada kuasa penyandang.

MB Amiruddin akan memainkan peranannya.

UMNO Selangor pula dilihat masih lesu untuk membantu kemenangan calon Melayu di PRK Kuala Kubu Baharu.



Isu Titah Adendum Di Raja ke atas pengampunan DS Najib yang hilang akan menjadi bom jangka kepada UMNO dan Pakatan Harapan.

Mungkin pengundi Melayu Pakatan Harapan akan kekal mengundi Pakatan Harapan dan dalam keadaan ini, pengundi Cina akan menjadi king maker.

Maklum balas di lapangan mendapati, orang Cina sudah muak dengan hala tuju ekonomi.

Rafizi didesak untuk menarik balik subsidi bahan api.

Keengganan dan edegilan Rafizi dengan mengatakan beliau mempunyai formula untuk mengurangkan tamparan kepada rakyat yang sudah tertekan dari segi kewangan diragui.

Ini menyebabkan sebahagian dari pengundi Cina akan membuat undi protes sama ada mengundi Perikatan Nasional atau tidak keluar mengundi.

Inilah yang menjadi punca kepada kuasa penentu kemenangan kini berada di tangan pengundi India.

 

Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button