Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah

Oleh – Syeikh Baran


Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Johor Bahru pada Selasa. Gambar hiasan 123rf

Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di bandar raya ini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima pada jam 6.30 petang.



Menurutnya, kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya yang turut membawa anak bongsu berusia empat bulan untuk mengambil anak perempuan sulung berusia 11 tahun dari sekolah.

Katanya, sejurus pulang dari mengambil anak di sekolah, suri rumah berusia 32 tahun itu mendapati anaknya yang berusia lima tahun tiada di rumah.

“Kanak-kanak itu telah dijumpai di aras enam kondominium tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.

“Pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan kanak-kanak malang tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Raub berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Tambahnya, wanita terbabit telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading