Mangsa penipuan di Jepun saman Meta atas penipuan pelaburan selebriti

Oleh – Syeikh Baran


Mangsa penipuan di Jepun saman Meta atas penipuan pelaburan selebriti
Empat mangsa penipuan di Jepun menyaman Facebook selepas ditipu oleh penipuan iklan pelaburan dalam talian yang menggunakan imej selebriti tanpa kebenaran mereka, kata peguam mereka. – Foto AFP

Empat mangsa penipuan di Jepun hari ini menyaman Facebook selepas ditipu oleh iklan pelaburan dalam talian yang menggunakan penipuan imej selebriti tanpa persetujuan mereka, kata peguam mangsa.

Iklan palsu dalam talian yang disiarkan di Facebook dan saluran media sosial lain di Jepun menyebabkan kerugian 27.8 bilion yen (AS$178 juta/RM850.63) tahun lalu, menurut National Police Agency.



Menurut peguam, keempat-empat mereka memfailkan kes itu di Mahkamah Daerah Kobe menuntut Facebook Jepun, yang dimiliki oleh kumpulan Meta Amerika Syarikat (AS), membayar ganti rugi 23 juta yen (AS$148,000/RM707,070).

Plaintif berkata, mereka menjadi mangsa iklan yang disiarkan di Facebook yang menawarkan pulangan tinggi pelaburan dan ia menggunakan imej selebriti kaya seperti jutawan Jepun, Yusaku Maezawa.

Maezawa, pengasas peruncit pakaian dalam talian terbesar Jepun, menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas membiayai misi masa depan angkasawan pergi ke Bulan yang dikendalikan oleh SpaceX milik Elon Musk

Imejnya biasanya digunakan tanpa kebenarannya oleh penipu dalam talian, dengan satu iklan biasa menggunakan kapsyen ‘Bermula dengan 10,000 yen, dalam empat hari peroleh 1.3 juta yen’.



Maezawa sebelum ini menggesa kerajaan Jepun mengambil tindakan dan berkata beliau sedang bekerjasama dengan peguam di AS untuk mengemukakan sendiri samannya terhadap Meta.

Meta yang sudah dihubungi oleh AFP mengenai tuntutan mahkamah Jepun, setakat ini tidak memberikan sebarang maklum balas segera.

Iklan dalam kes ini hanya menggunakan gambar tetapi negara lain menyaksikan penipuan yang lebih terperinci menggunakan video ‘deepfake’ selebriti yang menggesa orang ramai melabur dalam skim penipuan. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading