MIC akan tolong di PRK Kuala Kubu Baharu – Anwar
MIC akan tolong di PRK Kuala Kubu Baharu – Anwar

Shah Alam: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan MIC tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Menurutnya, ia selepas Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menghubunginya dan memberi jaminan akan membantu untuk berkempen dalam PRK nanti.
“Presiden MIC (Tan Sri SA Vigneswaran) hubungi saya, dia kata akan tolong di Kuala Kubu Baharu.
“Tak betul laporan kata (MIC) takkan beri kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen 25 Tahun Keadilan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan MIC tidak akan turun berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu yang dijadual pada 11 Mei ini.
Menurut laporan, Vigneswaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kerusi itu tidak ditandingi calon Barisan Nasional (BN).
Kemudiannya, MCA turut dilaporkan menyatakan perkara sama untuk tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu sekiranya calon BN tidak diletakkan bertanding di situ.
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa pembangunan politik parti itu pada 19 April.
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.
Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
MIC akan tolong di PRK Kuala Kubu Baharu – Anwar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :