Maut ditembak selepas disangka babi hutan

Oleh – Syeikh Baran


Maut ditembak selepas disangka babi hutan
Gambar Hiasan

Disangka babi hutan, seorang lelaki meninggal dunia akibat tertembak oleh rakan sendiri semasa sedang memburu di kebun kelapa sawit di kawasan Kampung Sungai Beradek, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.48 pagi semalam, dengan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



“Mangsa yang berusia 44 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan pada bahagian dada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata tangkapan telah dibuat ke atas suspek iaitu lelaki berumur 38 tahun dan rampasan selaras senapang patah untuk siasatan lanjut.

Ahsmon berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi melengkapkan siasatan,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button