Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Isu mengenai Titah Adendum Pengampunan Di Raja kepada DS Najib, terus hangat diperkatakan oleh masyarakat umum.
Pelbagai spekulasi dibuat dan dalam perkara ini, kerajaan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak, kerana rakyat tidak mendapat jawapan yang tuntas dari pihak kerajaan.
Di samping itu, ada pula pihak yang mengambil kesempatan dengan menunggang isu tersebut untuk mendapatkan populariti politik.
Kononnya merekalah hero yang tidak didendang dalam memperjuangkan keadilan untuk DS Najib.
Namun mereka lupa, rakyat terutamanya penyokong DS Najib masih tidak lupa, merekalah yang bertanggungjawab memenjarakan DS Najib.
Paling menghairankan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengambil sikap mengunci mulut ketika ditanya mengenainya.
“Dah ada from Anwar, you just follow apa yang Anwar dah sebut itu, nothing more from me (tiada apa dari saya),” kata Dr Zaliha.
Sudah tentu ianya akan menimbulkan lebih banyak spekulasi memandangkan beliau adalah salah seorang anggota wajib dalam Lembaga Pengampunan.
Mana mungkin beliau yang sama-sama bersidang dalam Lembaga Pengampunan tidak tahu apa-apa mengenainya.
Nampaknya penyakit tutp mulut yang dihadapi oleh Dr Zaliha sudah berjangkit kepada calon PN di PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut.
Dalam temubual dengan media dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu, Ketua Penerangan Pemuda PN, Khairul Nadzir, mengingatkan media supaya tidak membangkitkan isu hutang Khairul.
Namun, apabila dibangkitkan juga isu hutang RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan, Khairul cuba berdalih tanpa menjawab soalan.
Khairul cuma berkata wartawan tidak menggunakan standard soalan yang sama kepada calon Pakatan Harapan.
Tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Khairul.
Tetapi apa yang pasti, Khairul sudah melepaskan peuang untuk memberikan penjelasan tuntas mengenai isu tersebut.
Atau mungkin khabar angin yang bertiup itu adalah satu realiti yang cuba beliau sorokkan selama ini.
Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Di Syorkan Untuk Anda:
- Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi
- Perjuangan Agama Dan Bangsa Adalah Alasan Standard Untuk Pengkhianat Mengkhianati UMNO
- Mahkamah Rayuan: Pertuduhan Muhyiddin Jelas Dan Di Kekalkan