Kewangan cukup untuk pelarasan gaji penjawat awam

Oleh – Syeikh Baran


Kewangan cukup untuk pelarasan gaji penjawat awam
Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai keupayaan kewangan bagi melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam pada 1 Disember depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini sedang merangka satu keupayaan kewangan bagi memberi ganjaran yang adil kepada semua penjawat awam.



Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ada pihak berpendapat tindakan (pelarasan gaji) ini sebagai satu tindakan ekonomi yang tidak rasional namun, semua perkara itu sudah diambil kira.

“Kita tidak menghalang kadang-kadang orang yang cakap dari mana kita (kerajaan) nak cari wang. Saya tidak berhasrat menjawab itu semua.

“Kita buat itu dan apabila kita umum, itu selepas kerja dasar dilakukan. Kita tahu dari mana kewangannya dan kita tahu hasilnya berapa serta dari mana sumber kewangannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button