Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi
Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi
Mungkin ada yang menuduh pemimpin Perikatan Nasional sebenarnya tidak ada halatuju yang jelas sekiranya mendapat kuasa.
Kalau kita lihat dari rekod Perikatan Nasional semasa menjadi kerajaan, mungkin ada benarnya dakwaan tersebut.
Tidak sampai satu penggal menjadi kerajaan di pusat, pertambahan hutang luar negara meningkat mendadak.
Kehidupan rakyat sangat-sangat tertekan.
Malah ada yang sampai bunuh diri kerana sudah tidak sanggup menghadapi tekanan hidup.
Manakala 4 negeri yang berada di bawah pentadbiran parti PAS telah menjadi antara negeri yang termundur di Malaysia.
@acik.mantera Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi (1)
Dalam podcast KS, Khairy Jamaluddin (KJ) juga menyatakan perkara yang sama.
Malah menurut KJ, walau pun dalam berkempen di dalam PRK Kuala Kubu Baharu, pemimpin PN gagal menjelaskan apa yang akan mereka lakukan sekiranya berkuasa.
Tetapi bagi penulis, untuk mengatakan Perikatan Nasional langsung tidak ada misi dan visi yang jelas adalah agak keterlaluan.
Kalau tidak percaya, cuba lihat video klip di bawah.
@acik.mantera Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi (2)
Sangat jelas bagi kita, misi Perikatan Nasional adalah untuk melakukan pembunuhan karektor musuh politik mereka.
Dan strategi mereka dalam pembunuhan karektor adalah dengan memaki hamun dan menabur fitnah yang menjijikkan terhadap musuh politik mereka.
Manakala visi dari misi yang mereka lakukan adalah untuk diheret ke mahkamah.
Selepas itu, setelah mereka diheret ke mahkamah atas kesalahan yang mereka lakukan, maka mereka akan melakunkan watak simpati sebagai orang yang terpaling dianiaya.
Itulah misi dan visi Perikatan Nasional di dalam politik.
Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi
Di Syorkan Untuk Anda:
- Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
- PRK KKB: Perikatan Nasional Semakin Panik