Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst

Apa Pilihan MCA Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst

Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst

 

Dalam rancangan podcast KS, presiden MCA, Wee Kah Siong, tanpa berselindung mengatakan, sekiranya UMNO masih teruskan kerjasama dengan PH dalam PRU 16, MCA tidak akan teragak-agak untuk bergerak solo.

Berilah apa juga alasan untuk merasionalkan pendirian MCA, realitinya kita tahu MCA sebenarnya takut dengan DAP.



Dalam PRU 15, MCA hanya memenangi 2 kerusi parlimen.

MCA bimbang, sekiranya dalam PRU 16 nanti, MCA hanya akan diberikan 2 kerusi parlimen sahaja untuk bertanding.

Untuk meminta tambahan kerusi, sudah pasti MCA merasa takut dikatakan tidak mengukur baju di badan sendiri.

Persoalannya, adakah pendirian MCA seperti yang ditegaskan oleh Wee Kah Siong itu betul dan memberikan keuntungan kepada MCA?



Sekiranya MCA menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada gabungan BN dan PH, sudah pasti MCA akan diberikan peluang bertanding di lebih 2 kerusi parlimen.

Tidak perlu diganggu kerusi yang dimenangi oleh DAP.

DAP dan PKR serta UMNO boleh membantu MCA untuk menang di kerusi parlimen pinggiran bandar, tetapi syaratnya MCA mestilah sedar diri dan jangan terlalu ghairah menyerang PH dan DAP.

DAP yang kini mendapat sokongan dari lebih 90% pengundi bukan Melayu sudah pasti akan dapat membuatkan calon MCA bertanding dengan selesa.



Manakala sokongan pengundi Melayu pula akan dibantu oleh UMNO, PKR dan PAN.

Tetapi sekiranya MCA meninggalkan BN dalam PRU 16, maka MCA akan berhadapan gabungan DAP, UMNO, PKR dan PAN.

Mampukah Gerakan membantu MCA untuk mendapatkan undi bukan Melayu sedangkan Gerakan sendiri ibarat hidup segan mati tidak mahu.

Kalau pun PAS dan PPBM berjaya menarik kesemua undi Melayu, ia hanya mewakili 10% dari undi keseluruhan.



Bolehkah dengan memperolehi undi 10% dapat memastikan kejayaan calon MCA?

Mungkin MCA akan lebih selesa dengan PN kerana MCA sudah pasti menjadi abang besar kepada Gerakan.

Tetapi adakah menjadi the best among the worst menjadi pilihan MCA?

 



Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button