Lawatan PM ke Qatar jana potensi eksport bernilai RM700 Juta – Tengku Zafrul

Lawatan PM ke Qatar jana potensi eksport bernilai RM700 Juta – Tengku Zafrul

Lawatan PM ke Qatar jana potensi eksport bernilai RM700 Juta - Tengku Zafrul
ANWAR berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di Qatar. FOTO BERNAMA

Doha: Lawatan singkat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar berjaya menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM700 juta, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri, awal hari ini.

“Alhamdulillah, kita terima komitmen (eksport) berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita.



“Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat, yang menjadi satu pasaran besar buat Malaysia yang kita boleh teroka,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas majlis jamuan makan malam Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia, di sini, Isnin.

Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri dihadiri kira-kira 500 rakyat Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




Terdahulu hari ini, seramai 45 pemimpin terkemuka industri Qatar daripada 36 syarikat menghadiri mesyuarat meja bulat itu, mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit/pengedaran dan ekonomi digital.

Semasa dialog meja bulat itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau juga berkata, daya tarikan menarik Malaysia dengan sistem infrastruktur yang kukuh, kedaulatan undang-undang, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin dan ekosistem perniagaan yang rancak menjadikan ia destinasi menarik bagi pelabur yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan atau perkhidmatan strategik mereka bagi pasaran Asia, untuk meraih peluang pertumbuhan baharu dan kepelbagaian.

Mesyuarat meja bulat itu juga dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.



Lawatan PM ke Qatar jana potensi eksport bernilai RM700 Juta – Tengku Zafrul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button