Tawar diskaun hingga 60 peratus

Tawar diskaun hingga 60 peratus

Tawar diskaun hingga 60 peratus
BERMULA 1 hingga 31 Mei 2024, cawangan MR DIY di seluruh negara akan menampilkan lebih 100 produk.

Kuala Lumpur: Kumpulan MR DIY Berhad menganjurkan inisiatif A-May-Zing Offer (Tawaran Isti-Mei-Wa) serta menawarkan lebih 100 produk dengan diskaun sehingga 60 peratus sepanjang Mei ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, inisiatif Tawaran Isti-Mei-Wa itu untuk meraikan mereka yang teristimewa termasuk ibu tercinta, guru dan semua individu penting yang memberi inspirasi kepada semua.

“Sepanjang bulan yang luar biasa ini, matlamat kami adalah untuk mencipta detik yang tidak dapat dilupakan bagi orang ramai.



“Di samping komitmen kami menyediakan rangkaian produk yang luas pada Always Low Prices, tujuan kami mahu meringankan beban kewangan mereka kerana hadiah yang bermakna tidak semestinya datang dengan tanda harga yang besar,” katanya.

Menurutnya, bermula 1 hingga 31 Mei 2024, cawangan MR DIY di seluruh negara akan menampilkan lebih 100 produk, termasuk bunga tiruan, kad ucapan bertemakan bunga, cawan kaca dan botol (antara 230 mililiter/ml hingga 420 ml).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




Selain itu, pemegang pen, bingkai foto, bekalan pembersih, bateri, makanan kucing, kain lap basah, tuala wanita serta pelbagai makanan ringan dan minuman, dengan semuanya ditawarkan diskaun sehingga 60 peratus.

Pelanggan boleh membeli hadiah untuk ibu dan guru mereka, seperti botol kaca, bunga tiruan, kad ucapan dengan bunga, sambil menikmati makanan ringan bermula dari RM2.50.

Sebagai tambahan kepada ‘Tawaran Isti-Mei-Wa’ oleh MR DIY, anak syarikatnya, MR Dollar, juga menganjurkan inisiatif serupa, memberikan potongan 30 peratus untuk barangan isi rumah yang bergaya, serta produk makanan dan minuman (F&B).

Tawar diskaun hingga 60 peratus

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button