Lelaki asing cabul wanita warga emas di khalayak ramai direman [VIDEO]

Lelaki asing cabul wanita warga emas di khalayak ramai direman [VIDEO]

Lelaki asing cabul wanita warga emas di khalayak ramai direman [VIDEO]

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas diraba seorang lelaki warga asing ketika sedang mengumpul kotak terpakai di Jalan Bunga Tanjung, Taman Muda, Ampang, Rabu lalu.

Rakaman lelaki berusia 23 tahun terbabit yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah, meraba paha wanita berusia 71 tahun itu tersebar di media sosial hari ini.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang, suspek yang juga pemegang kad UNHCR menghampiri mangsa sebelum meraba paha warga emas berkenaan.

“Mangsa telah menegur perbuatan suspek namun dia masih melakukannya sebelum membuka seluar dan baju lalu memegang kemaluan dan menunjukkannya di hadapan mangsa.

“Tidak lama selepas itu suspek memeluk mangsa dari arah belakang sebelum mangsa menjerit dan meminta bantuan orang awam yang kemudiannya menahan suspek,” katanya kepada media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Azam berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian membuat tangkapan semula ke atas suspek yang didapati bekerja sebagai tukang cuci di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan dadah selain didapati positif dadah jenis Ketamin.



“Suspek kini masih berada dalam tahanan reman bermula kelmarin hingga esok (6 Ogos),” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Lelaki asing cabul wanita warga emas di khalayak ramai direman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button