Tiga maut, dua cedera dihempap pokok di Kok Lanas [VIDEO]

Tiga maut, dua cedera dihempap pokok di Kok Lanas [VIDEO]

Tiga maut, dua cedera dihempap pokok di Kok Lanas
Anggota polis bersama anggota bomba memeriksa dua buah kereta dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, Dalam kejadian itu mangsa pasangan suami isteri dan anak bongsu meninggal dunia di tempat kejadian. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Tiga maut dan dua cedera manakala lima lagi terselamat dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, di sini, malam tadi.

Mangsa yang maut dikenalpasti pasangan suami isteri, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan Nik Amirah Ab Rahman, 40, serta anak bongsu mereka, Nik Aishah Azzahra, 5.

Ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.



Dua lagi anak pasangan berkenaan, Nik Adilia Zulaikha, 11, dan Nik Adam Zarif, 9, cedera dan dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Tiga maut, dua cedera dihempap pokok di Kok Lanas [VIDEO]
Tiga maut dan dua cedera manakala lima lagi terselamat dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Kejadian jam 8.04 malam, ketika Nissan Sentra yang dinaiki mereka sedang melalui kawasan berkenaan dari arah Machang ke Kota Bharu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




Lima yang terselamat dalam kejadian itu dikenalpasti pasangan suami isteri, Shamsiemon Mukhtar, 53, dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52, serta tiga anak mereka.

Tiga maut, dua cedera dihempap pokok di Kok Lanas [VIDEO]
Tiga maut dan dua cedera manakala lima lagi terselamat dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan menaiki kereta Honda City, turut kebetulan sedang melalui kawasan berkenaan dari arah Machang.

Tinjauan di lokasi kemalangan mendapati polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Tiga maut, dua cedera dihempap pokok di Kok Lanas [VIDEO]




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading