Individu Rimas Mata Tengok Anak Maryam Younaree Makan [VIDEO]
Netizen Tampil ‘Back Up’ – ‘Apa Yang Tak Macam Muslim?
Individu Rimas Mata Tengok Anak Maryam Younaree Makan [VIDEO]
Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi momen anak perempuannya, Rina sedang menikmati makanan harian yang disediakan.
Respon Maryam
Bagaimanapun, terdapat seorang pengguna media sosial yang dilihat kurang senang dengan cara Rina makan, lalu meninggalkan komen pada salah satu video yang dimuat naik.
Tolong ajar dia cara makan yang betul kerana kita adalah muslim. Terima kasih.
Tidak berdiam diri, pempengaruh yang berasal dari Korea Selatan itu kemudian memberi respon ringkas kepada individu tersebut.
Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang muslim ketika berusia dua tahun enam bulan..baguslah.
Saya akan cuba ajar dia (Rina).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar individu tersebut dan mempertahankan Maryam serta anak perempuannya itu.
Apa yang tak makan macam muslimnya? Makan tangan kanan, duduk elok-elok dekat kerusi. Bukannya anak dia makan guna kaki.
Rina baru umur dua tahun, kenapa awak harap yang dia akan makan macam orang dewasa? Tak faham betul la sejenis sibuk pasal anak orang.
Pedulikan je Maryam. Maryam sudah menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak dengan memberikan makanan yang halal dan sihat.
Untuk info, Maryam mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
@uyounik Replying to @lynn
Sumber: TikTok Maryam
Individu Rimas Mata Tengok Anak Maryam Younaree Makan [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesan Lawatan Brian Nelson Terhadap Kedaulatan Negara
- Anak MB Perlis Di Dakwa
- UiTM itu pembuktian jasa UMNO Kepada orang Melayu, pertahankan pintunya dari diceroboh.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan