Kenyataan Andrew Sia Bersifat Rasis Dan Menghina Perlembagaan
Kenyataan Andrew Sia Bersifat Rasis Dan Menghina Perlembagaan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan UiTM telah mengeluarkan kenyataan yang tegas.
Namun masih ada lagi pihak yang cuba mempolemikkan isu pengambilan pelajar Bumiputera di UiTM.
Penulis merasa sangat terkejut dan marah dengan tulisan yang dibuat oleh kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia.
Dalam ruangan komen di Malaysiakini yang bertajuk Our apartheid academy, UiTM, Andrew Sia secara biadab menghina dasar tidak mengambil pelajar bukan Bumiputera yang diamalkan UiTM selama ini.
Malah beliau turut menghina kredibiliti UiTM.
Secara sindiran, beliau menjenamakan semula institusi tersebut sebagai Universiti Tempat Melayu.
Sangat mengejutkan selepas lebih 6 dekad negara kita merdeka, masih ada lagi manusia yang rasis seperti Andrew Sia.
Sebagaimana yang penulis nyatakan sebelum ini, mempersoalkan dasar pengambilan UiTM adalah bermaksud mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan.
Ini adalah kerana dasar yang diamalkan oleh UiTM adalah seperti yang dikehendaki oleh Fasal 1A Akta 173 (Akta Universiti Teknologi Mara 1976).
Dan Fasal 1A Akta 173 pula adalah berpaksikan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Tahniah penulis ucapkan kepada Ketua UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh.
Beliau dilihat pantas memberikan respon terhadap kenyataan rasis dan biadab Andrew Sia.
“Saya juga menggesa Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis.”
“Ia berhubung penulisan yang kononnya berpaksikan kepada kebebasan bersuara yang semakin galak meracuni perpaduan kita.”
“Ini bukan soal pasal kita ambil hak orang lain.”
“Kalau kalau dasar Apartheid ini, saya nak beritahu Andrew, tidak ada lagi orang Cina boleh belajar dalam universiti tempatan di negara ini.”
“Hari ini kita pertahankan apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutan iaitu Perkara 153.”
“Jadi saya nak paksa dia dan MalaysiaKini turunkan artikel yang dangkal dan sangat bodoh ini,” tegas Dr Akmal.
Seperti yang penulis nyatakan sebelum ini, manusia seperti Andrew Sia akan segera menuduh pihak yang mempertahankan perlembagaan sebagai rasis.
Dan mereka yang memperlekehkan perlembagaan menganggap diri mereka suci dengan berlindung di sebalik kebebasan bersuara.
Kebodohan apakah ini?
Kenyataan Andrew Sia Bersifat Rasis Dan Menghina Perlembagaan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan
- Kesan Lawatan Brian Nelson Terhadap Kedaulatan Negara
- Anak MB Perlis Di Dakwa