Ku Li Dedahkan Sikap Sebenar Dr Mahathir

Ku Li Dedahkan Sikap Sebenar Dr Mahathir

Ku Li Dedahkan Sikap Sebenar Dr Mahathir

 

Tengku Razaleigh (Ku Li) mendedahkan ada perjanjian antaranya dan Dr Mahathir untuk menamakan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perjanjian tersebut dibuat ketika Dr Mahathir menerajui tampuk pemerintahan negara menggantikan Tun Hussein Onn pada 1981.



Bagaimana pun perjanjian itu bubar apabila Dr Mahathir dalam kenyataan media pada ketika itu menyebut, beliau menyerahkan kepada UMNO untuk menamakan calon Timbalan Presiden.

Alasan yang digunakan oleh Dr Mahathir adalah supaya beliau tidak perlu memilih Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu dikongsi Ku Li dalam buku ‘Ku Li: Memoir 205’ yang dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga seteru politik beliau satu ketika dulu, Musa Hitam.

Menurut Ku Li, perjanjian antara beliau dan Dr Mahathir dibuat ketika Hussein sedang bergelut dengan masalah kesihatan.



Ketika itu juga nama Dr Mahathir disebut-sebut sebagai pengganti Hussein.

Selepas mendapatkan rawatan di luar negara, Hussien telah memanggil Ku Li dan Dr Mahathir.

Setibanya mereka di rumah Hussien, beliau berkata ada berita tidak baik yang hendak disampaikan.

“You berdua boleh bekerjasama?”



“I nak berhenti and I want you to take over, you take over as the prime minister,” kata Hussien sambil menunjuk ke arah Ku Li.

Apa yang dikatakan oleh Hussien benar-benar mengejutkan Ku Li.

“Tidak boleh kapten, akan kelam kabut parti kalau diubah mengejut begini”.

“Akan effect stock market dan lain-lain hal juga.”



“Dr Mahathir sudah jadi Timbalan Perdana Menteri selama lebih satu penggal.”

“Ribut nanti dalam UMNO,” jelas Ku Li.

“I’m going to announce my resignation and you’ll take over,” tegas Hussien.

“I’m ready to take over,” celah Dr Mahathir.



“Memang sepatutnya you take over, you’re the deputy,” jawab Ku Li.

“You’ll be my deputy,  when we face the General Assembly, I will take over from Hussein as president, and you take over as deputy,”  janji Dr Mahathir.

Dr Mahathir Mungkir Janji

 

Pada masa itu mesyuarat UMNO bahagian di seluruh negara sedang berjalan.



Masing-masing ketika itu menamakan calon bagi pemilihan parti yang bakal berlangsung 26 Jun 1981.

Sehingga April, Hussein masih membisu hingga menimbulkan banyak spekulasi.

Meskipun terdapat andaian Dr Mahathir akan menggantikan beliau, namun selagi mesyuarat bahagian belum selesai, pencalonan juga belum ditutup, jadi kedudukan Dr Mahathir belum pasti.

Ku Li kemudian membuat pengumuman untuk tidak melawan Dr Mahathir.

Beberapa hari selepas Ku Li membuat pengumuman itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Musa Hitam turut menyatakan beliau tidak akan melawan Dr Mahathir.

Ianya telah memberikan kedudukan selamat kepada Dr Mahathir kerana tidak ada pencabar yang akan mencabar beliau.

Pada 12 Mei 1981, Dr Mahathir membuat pengumuman jika Hussein berundur, siapa calon bagi jawatan TPM akan diserahkan kepada ahli UMNO untuk tentukan.

Menurut Ku Li, pengumuman itu bermaksud, terlerailah janji antara Dr Mahathir, Hussein dan Razaleigh.

Dr Mahathir berani umumkan begitu kerana dia sudah selamat.

Begitulah pendedahan Ku Li mengenai sikap sebenar Dr Mahathir.

Penulis tertanya-tanya tentang keabsahan lapuran Astro Awani bertarikh 19 Jun 2020.

Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau adalah seorang yang tidak pernah memungkiri janji.

Benarkah begitu?

 

Ku Li Dedahkan Sikap Sebenar Dr Mahathir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button