#MahasiswaUiTMBantah: Adakah MPP UiTM Terima Tekanan Dari Pihak Tertentu?

#MahasiswaUiTMBantah Adakah MPP UiTM Terima Tekanan Dari Pihak Tertentu

#MahasiswaUiTMBantah: Adakah MPP UiTM Terima Tekanan Dari Pihak Tertentu?

 

Kempen #MahasiswaUiTMBantah dengan menyeru mahasiswa UiTM seluruh negara berbaju hitam, mendapat sambutan dari mahasiswa UiTM.

Tidak senang dengan kempen yang dijalankan, terdengar suara-suara sumbang dari beberapa pihak yang membantah dengan menggunakan kepentingan rakyat sebagai alasan.



Antara pihak yang lantang membantah adalah KOMAS.

Siapa di belakang KOMAS, ada penulis nyatakan dalam artikel yang lain bertajuk Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan.

Namun di sebalik kecaman, ada juga pihak yang bersetuju dan mempertahankan tindakan kempen yang dianjurkan oleh MPP UiTM.

Antara pemimpin yang tegas dan bersetuju adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh.



Menurut Dr Akmal, matlamat penubuhan UiTM itu sendiri adalah untuk memperkasakan Bumiputera dalam bidang pendidikan.

Dan ianya adalah sejajar dengan Fasal 1A, Akta UiTM (Akta 173) yang mana universiti itu ditubuhkan berdasarkan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan sesekali membangkitkan isu seperti ini lagi kerana UiTM akan kekal milik Bumiputera tanpa kompromi, dulu, kini dan selamanya.”

“Pemuda UMNO akan mempertahankan perkara itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”



“Jika ada cadangan untuk melatih doktor pakar di UiTM, ia mestilah dalam kalangan Bumiputera dan untuk bukan Bumiputera pula boleh ditawarkan ke universiti lain.”

“Jangan ganggu UiTM.”

“Itu amaran keras Pemuda UMNO kepada pihak yang cuba menjadi pengadu domba dengan mengemukakan cadangan terbabit.”

“Kami akan memastikan UiTM kekal milik Bumiputera selamanya,” tegas beliau.



Kementerian Pengajian Tinggi sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa isu itu tidak pernah dibincangkan di peringkat kabinet.

Naib Canselor UiTM, Dr Shahrin Sahib, sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa UiTM kekal dengan pendirian tidak mengambil pelajar bukan Bumiputera.

Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh (Ku Li) juga tidak bersetuju dengan cadangan mendesak UiTM supaya mengambil pelajar bukan Bumiputera.

Tidak Ada Keperluan MPP UiTM Meminta Maaf

 



Mengejutkan penulis, secara tiba-tiba, MPP UiTM mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana mengadakan kempen tersebut.

Menurut kenyataan MPP UiTM, apa yang dilakukan itu merupakan suatu kekhilafan yang akan menjadi pengajaran buat badan tersebut.

Adakah boleh dianggap sebagai satu kekhilafan apabila mereka mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan UiTM?

Atau mungkinkah kenyataan yang MPP UiTM keluarkan kerana mendapat tekanan dari pihak tertentu?



Pada pandangan penulis, bukan MPP UiTM yang melakukan kekhilafan, malah mereka melakukan perkara yang betul.

Yang membuat kekhilafan adalah pihak yang membantah kerana ianya boleh ditakrifkan sebagai membantah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan UiTM.

 

#MahasiswaUiTMBantah: Adakah MPP UiTM Terima Tekanan Dari Pihak Tertentu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button