3 penjawat awam ditahan SPRM, lulus permohonan tanah

Oleh – Syeikh Baran


3 penjawat awam ditahan SPRM, lulus permohonan tanah
Tiga penjawat awam yang direman bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Tiga kakitangan sebuah pejabat tanah dan daerah (PTD) di Terengganu ditahan reman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima suapan kira-kira RM25,000 daripada pemohon tanah di negeri ini.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.



Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu bertanggungjawab melakukan siasatan, membuat pengukuran sempadan serta menyediakan ulasan teknikal bagi setiap tanah yang dimohon berkenaan.

Beliau berkata, suapan tersebut dipercayai sebagai dorongan memudahkan permohonan tanah mengikut aplikasi E-Haram pada tahun 2022 dan tahun lalu.

“Setiap suspek disyaki menerima suapan antara RM500 hingga RM800 bagi tugasan berkaitan setiap permohonan tanah terbabit.

“Siasatan awal menemui transaksi wang ke akaun salah seorang suspek sehingga mencecah kira-kira RM25,000 sepanjang tahun 2022 hingga 2023,” katanya di sini hari ini.



Sumber berkata, ketiga-tiga suspek telah ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daerah Kemaman di sini kelmarin.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button