Perintah larangan bersuara: Che’gubard kemuka permohonan di Mahkamah Rayuan

Oleh – Syeikh Baran


Perintah larangan bersuara: Che’gubard kemuka permohonan di Mahkamah Rayuan
Che’gubard (kiri) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI/KOSMO!

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gubard telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan dua Mahkamah Tinggi berhubung perintah larangan (gag order) supaya tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan kes fitnah dan menghasut dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Chegu’bard selepas prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.



Menurut peguam itu, pihaknya telah memfailkan rayuan itu di Mahkamah Rayuan pada Khamis lalu, namun tarikh pendengaran masih belum ditetapkan.

“Dalam permohonan itu, kita memohon kepada Mahkamah Rayuan sama ada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan Kuala Lumpur betul atau tidak dari segi undang-undang.

“Pada kami kebebasan bersuara walaupun tidak mutlak, ia mesti memberikan cukup ruang kepada seseorang tertuduh,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali menetapkan 11 Julai ini bagi penyerahkan baki dokumen oleh pihak pendakwaan kepada pembelaan berhubung pertuduhan berkenaan.



Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Badrul Hisham daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya manakala pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Johor Bahru turut mengeluarkan perintah yang sama.

Pada 29 Mei lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari pada 6 April.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button