Insiden Fun Fair, Selangor arah siasatan aspek keselamatan dilakukan
Insiden Fun Fair, Selangor arah siasatan aspek keselamatan dilakukan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor meminta laporan dan siasatan dibuat mengenai aspek keselamatan ‘fun fair’ di Bandar Puncak Alam yang mencederakan tiga mangsa dalam satu insiden, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diingatkan agar meneliti aspek berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.
“Walaupun (hanya) ada kecederaan dan tidak membabitkan kehilangan nyawa, semua kena bertanggungjawab dalam hal ini dan PBT perlu lebih prihatin dalam menyemak prosedur serta kelulusan yang diberikan.
“Apa-apa pengoperasian fun fair, taman tema atau sebagainya harus mendapat kebenaran sebab ia membabitkan orang ramai yang datang.
“Sudah pasti saya akan minta semak dari segi undang-undang dan peraturan supaya hal ini tidak berulang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai insiden berkenaan selepas menghadiri Majlis Apresiasi Jelajah Ehsan Rakyat di Wisma PKPS dekat sini, hari ini.
Amirudin berkata, tindakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang tidak mengeluarkan lesen kepada pengusaha pesta ria itu juga menandakan PBT itu prihatin (terhadap keselamatan pengunjung)
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
Media sebelum ini melaporkan bahawa pengusaha pesta ria itu dikesan beroperasi tanpa lesen serta didapati terus berdegil menjalankan operasi walaupun arahan sitaan sudah dikeluarkan MPKS pada 29 November lalu.
Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat dilaporkan berkata, pesta ria itu beroperasi secara haram kerana tidak mendapat kebenaran pihaknya selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Dalam kejadian semalam, dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan di pesta ria itu.
Insiden Fun Fair, Selangor arah siasatan aspek keselamatan dilakukan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang
- Barah Sebenar Dalam UMNO
- Kredibiliti kerajaan perpaduan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :