Jangan Risau Ya Dr Mahathir, Kalau Gagal Semakan Kehakiman, Katil IJN Masih Banyak Kosong
Jangan Risau Ya Dr Mahathir, Kalau Gagal Semakan Kehakiman, Katil IJN Masih Banyak Kosong
Dr Mahathir sememangnya dikenali sebagai seorang politikus yang sangat licik.
Dalam menghadapi siasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI), sekali lagi Dr Mahathir menggunakan kelicikan beliau untuk melepaskan diri atau sekurang-kurangnya untuk melengahkann siasatan.
Beliau telah memfailkan semakan kehakiman berhubung prosiding RCI yang sedang berlangsung.
Ia bagi menyiasat isu kedaulatan berhubung Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.
Selain itu, Dr Mahathir memohon mahkamah untuk memerintahkan prosiding tertutup itu terbuka kepada umum.
Dan memecat tiga daripada tujuh ahli panel RCI kerana didakwa berisiko berat sebelah.
Di samping itu, beliau memohon pengisytiharan mahkamah bahawa dia adalah orang yang kelakuannya menjadi subjek siasatan.
Atau yang terlibat dalam perkara itu yang disiasat oleh RCI, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja 1950.
Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja memberi hak kepada orang berkenaan untuk diwakili peguam sepanjang prosiding di hadapan pesuruhjaya.
Selain itu, Dr Mahathir juga mahu RCI memberikan dia dan peguamnya semua dokumen, senarai saksi dan bukti dokumentari lain yang akan dibentangkan pada siasatan itu.
Beliau memohon perintah mahkamah supaya prosiding RCI ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman.
“Sijil segera juga telah difailkan untuk perbicaraan diadakan secepat mungkin oleh Mahkamah Tinggi Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan Kuala Lumpur.”
“Ini memandangkan anak guam kami telah disepina untuk menghadiri prosiding RCI pada 12 Jun,” kata peguamnya Rafique Rashid.
Kita tidak menafikan Dr Mahathir mempunyai hak dalam perlembagaan untuk membuat semakan kehakiman tersbut.
Cuma yang menjadi persoalan adalah mengapa ianya difailkan ketika beliau sudah disepina.
Sedangkan ketika dimaklumkan kali pertama beliau enggan hadir dan tidak memfailkan semakan kehakiman.
Tetapi jangan risau ya Dr Mahathir, kalau semakan kehakiman gagal, IJN masih ada banyak katil kosong.
Jangan Risau Ya Dr Mahathir, Kalau Gagal Semakan Kehakiman, Katil IJN Masih Banyak Kosong
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ada Cahaya Yang Di Berikan Mahkamah Dalam Semakan Kehakiman Titah Adendum
- Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Terima Rasuah
- Rakyat Masih Menunggu Respon Kerajaan Terhadap Kenyataan Tengku Zafrul