Spin Syed Saddiq Untuk Tutup Penipuan Yang Di Dedahkan Fadilah

Spin Syed Saddiq Untuk Tutup Penipuan Yang Di Dedahkan Fadilah

Spin Syed Saddiq Untuk Tutup Penipuan Yang Di Dedahkan Fadilah

 

6 Mei yang lepas, ahli parlimen Muar, Syed Saddiq atau lebih manja dengan penggilan Drama Queen, menyaman kerajaan persekutuan.

Alasan saman tersebut adalah kerana Syed Saddiq mendakwa kerajaan menyekat dan menghentikan lebih RM730,000 peruntukan kawasan parlimen Muar.



Syed Saddiq mendakwa kerajaan menyekat dan menghentikan peruntukan untuk parlimen Muar.

Ianya selepas beliau dan parti MUDA menarik balik sokongan terhadap kerajaan.

Beliau juga mendakwa, tindakan itu sebagai tidak adil dan melanggar perlembagaan.

“Saman sivil saya adalah penafian peruntukan yang telah dijanjikan kepada orang susah,” dakwa Syed Saddiq.



Fadillah Dedahkan Penipuan Syed Saddiq

 

Tindakan tersebut telah dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof.

Menurut Fadillah, kerajaan persekutuan telah meluluskan RM2.7 juta untuk pelaksanaan 60 projek dan program di kawasan Parlimen Muar tahun ini.

Selain itu, RM30.39 juta peruntukan sudah diluluskan bagi kawasan Parlimen Muar.



Ia di bawah Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan ‘Rolling Plan’ (RP4) 2024 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi pelaksanaan 60 projek atau program.”

“Ianya termasuk sembilan projek naik taraf dan baik pulih masjid dengan kos RM741,000.”

“Serta 18 Projek Mesra Rakyat dengan kos RM800,000.”



“Ia membabitkan keseluruhan sembilan projek dengan lima daripadanya dalam peringkat pembinaan”.

“Satu projek pra-pelaksanaan, dua pasca pembinaan dan satu projek penggantian mesin MRI di Hospital Pakar Sultanah Fatimah bawah peruntukan KKM.”

“Lima projek dalam pelaksanaan ialah pembinaan Youth Hub Muar bawah KBS, projek meroboh dan membina semula Jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Marin Johor bawah KDN dan penggantian mesin imbasan CT di Hospital Sultanah Fatimah bawah KKM.”

“Dua lagi projek sedang dilaksanakan ialah Medan Selera Jeti Pekan Panchor dan Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.”



“2 projek dalam pasca pelaksanaan ialah pembinaan tabika di Kampung Orang Asli Bukit Panjang bawah KKDW dan penambakan pemecah ombak di Pengkalan Seri Menanti Laut bawah kementeriannya.”

“Satu-satunya projek pada peringkat pra-pelaksanaan ialah pembinaan Baraj Sungai Muar – Fasa 1, juga bawah kementeriannya,” jelas Fadillah.

Drama Syed Saddiq Tidak Menjadi

 

Mungkin kerana malu dengan pendedahan yang dibuat oleh Fadillah, Syed Saddiq sekali lagi cuba memutarbelitkan fakta.



Syed Saddiq berkata RM2.7 juta diluluskan bagi pelaksanaan projek dan program di kawasan itu tahun ini adalah untuk pembangunan.

Ia bukan peruntukan khas parlimen yang dituntutnya.

“Di bawah kerajaan Madani, ahli parlimen kerajaan menerima peruntukan khas Parlimen sebanyak RM4 juta setahun.

“Manakala ahli parlimen pembangkang pula tidak menerima sebarang peruntukan.”

“Kerajaan juga sewenang-wenangnya memasukkan projek kerajaan terdahulu seolah-olah ia adalah peruntukan baru.”

“Contohnya, projek Markas Operasi Polis Marin yang dirancang sejak penggal pertama 2022 dan Youth Hub Muar,” dakwa Syed Saddiq.

Bagi penulis, tidak kira sama ada ianya dirancang oleh kerajaan terdahulu atau kerajaan sekarang, yang penting siapa yang melaksanakannya.

Setakat perancangan kosong atas kertas, ianya tidak memberi munafaat kepada rakyat.

Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang menetapkan kerajaan mesti memberikan peruntukan peribadi kepada seua ahli parlimen.

Ianya adalah atas ehsan kerajaan yang memerintah.

Lagi pun, bukan kerajaan tidak mahu bagi tapi bimbang.

Bukankah Syed Saddiq sudah disabitkan atas kesalahan menyelewengkan dana…😜😜😜

 

Spin Syed Saddiq Untuk Tutup Penipuan Yang Di Dedahkan Fadilah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button