Ucapan Anwar Di Jadikan Afidavit Untuk Kukuhkan Semakan Kehakiman Titah Adendum

Ucapan Anwar Di Jadikan Afidavit Untuk Kukuhkan Semakan Kehakiman Titah Adendum

Ucapan Anwar Di Jadikan Afidavit Untuk Kukuhkan Semakan Kehakiman Titah Adendum

 

DS Najib merujuk kepada ucapan Anwar Ibrahim pada Konvensyen Khas PKR dua bulan lalu untuk mengukuhkan cabarannya bagi pelaksanaan titah addendum Di Raja.

Titah adendum Di Raja tersebut membenarkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan rumah.



Dalam afidavit yang difailkan DS Najib mendakwa ucapan Anwar pada konvensyen 21 April itu mengesahkan kewujudan titah tambahan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar dilaporkan berkata bahawa kerajaan persekutuan tidak akan mempersoalkan kuasa bekas Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan isu tersebut.

Dan Seri Paduka mempunyai kata putus sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan.

DS Najib memetik transkrip ucapan Anwar yang dirakamkan dalam salinan DVD video konvensyen itu.



“Mesej dalam video itu, dibantu dengan transkrip dan terjemahan bahasa Inggeris.”

“Ia diambil dalam konteks seluruhnya, jelas menunjukkan bahawa ucapan perdana menteri menyentuh perkara titah adendum.”

“Ucapan ini berlangsung pada 21 April, hampir tiga bulan selepas titah utama diumumkan pada 2 Februari oleh urusetia Lembaga Pengampunan.”

“Tarikh ucapan ini diberikan mempunyai hubungan rapat dengan pemfailan permohonan semakan kehakiman ini, iaitu 1 April.”



“Dan perbincangan segera dan teguh oleh pihak media dan orang awam berkenaan adendum tersebut.”

“Jelas sekali bahawa perdana menteri tidak merujuk kepada titah utama dalam ucapannya.”

“Tetapi beliau cuba mempersoalkan kesahihan titah adendum, tetapi mengelak untuk menyebut perkataan titah adendum.”

“Jelas daripada ucapan tersebut bahawa perdana menteri telah tersilap dinasihatkan oleh peguam negara.”



“Bahawa titah sedemikian tidak mungkin sah melainkan dibincangkan dan dinasihatkan secara khusus semasa mesyuarat Lembaga Pengampunan bersidang dengan Yang di-Pertuan Agong ke-16,” jelas afidavit yang difailkan DS Najib.

Sama-sama kita berdoa muga ada sinar buat DS Najib untuk mendapatkan keadilan.

 

Ucapan Anwar Di Jadikan Afidavit Untuk Kukuhkan Semakan Kehakiman Titah Adendum

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button