Presiden Palestin kecam tindakan tentera zionis ‘cemar’ kesucian masjid
Presiden Palestin kecam tindakan tentera zionis ‘cemar’ kesucian masjid

Baitulmaqdis: Presiden Palestin mengecam tindakan tentera Israel membaca doa Yahudi dalam sebuah masjid di Jenin, Tebing Barat.
Rakaman video yang diperoleh AFP menunjukkan, tentera zionis berada dalam masjid di kem pelarian Jenin menggunakan pembesar suara untuk membaca Shema Yisrael, doa utama dalam agama Yahudi.
Pada akhir video klip itu, kedengaran kumpulan tentera itu ketika berjalan keluar dari masjid selain lagu Hanukkah berbunyi dari pembesar suara.
Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh berkata, tindakan dilakukan tentera penjajah Israel terhadap masjid di kem pelarian Jenin itu satu kelakuan yang memalukan dan dikecam.
“Api perang agama yang ingin dicetuskan Israel tidak akan terhad kepada wilayah Palestin sahaja, tetapi akan meluas ke seluruh dunia jika ia berdiam diri mengenai jenayah dan pencabulan hak rakyat Palestin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah
- Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang
- NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?
“Saya menyeru masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan pencabulannya terhadap rakyat Palestin, harta benda dan kesucian mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Tidak jelas bila rakaman itu dirakamkan, namun tentera Israel terbabit dalam serbuan maut di Jenin, minggu ini, yang menyaksikan 11 rakyat Palestin terbunuh, menurut kementerian kesihatan Palestin.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, tentera yang membuat onar itu disingkirkan daripada tugas operasi bagi menghadapi prosedur tatatertib.
“Langkah sewajarnya akan diambil sewajarnya terhadap mereka yang tidak bertindak mengikut prosedur IDF,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, lebih 100 masjid di Gaza musnah dalam siri serangan Israel sejak 7 Oktober lalu.
Presiden Palestin kecam tindakan tentera zionis ‘cemar’ kesucian masjid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?
- Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
- Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal
- Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?