Airbus tawarkan peluang masa depan penerbangan hijau

Airbus tawarkan peluang masa depan penerbangan hijau

Airbus tawarkan peluang masa depan penerbangan hijau
AIRBUS

Kuala Lumpur: Airbus yang memfokuskan kepada kelestarian menawarkan peluang penting untuk Malaysia menyumbang kepada masa depan penerbangan hijau apabila pengeluar pesawat itu bersedia mengembangkan operasi dan sumber di Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, langkah itu membuka banyak peluang untuk syarikat tempatan menyertai rantaian bekalan global Airbus.

“Saya bertemu Naib Presiden Eksekutif Airbus Antarabangsa Wouter van Wersch baru-baru ini. Dalam pertemuan itu, ada dibincangkan mengenai perniagaan masa depan untuk Airbus dan tumpuan kepada kelestarian dan penyahkarbonan.



“Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam kedua-dua bidang ini,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama melalui aplikasi pesanan segera.

Malaysia menjalin hubungan kukuh dan strategik dengan Airbus, iaitu syarikat pengeluar pesawat multinasional dari Eropah dan menjadikannya antara pemain utama dalam pasaran aeroangkasa Asia-Pasifik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?




“Sebagai pasaran ketiga terbesar bagi Airbus di rantau ini selepas China dan India, Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global dan operasi perniagaan Airbus,” katanya.

Kira-kira 50 syarikat Malaysia adalah sebahagian daripada rangkaian pembekal Airbus pada masa ini, menyediakan pelbagai jenis produk meliputi bahagian dan komponen aeroangkasa termasuk Composites Technology Research Malaysia (CTRM), Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd dan SME Aerospace Sdn Bhd.

Kehadiran Airbus penting di Malaysia, dengan lebih 280 pesawat komersial yang beroperasi bersama syarikat penerbangan Malaysia, termasuk helikopter awam dan helikopter tentera, serta hampir 400 pesawat ditempah untuk penghantaran pada masa akan datang.

Dari segi pesawat untuk syarikat penerbangan, Malaysia Airlines menjangkakan menerima lima pesawat Airbus A330neo menjelang suku pertama 2025, selepas ketibaan pesawat A330neo pertama pada Oktober.



Bagi AirAsia, kumpulan itu menjangkakan menerima lima lagi pesawat Airbus A321neo baharu menjelang akhir tahun ini. -Bernama

Airbus tawarkan peluang masa depan penerbangan hijau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button