Bank Muamalat sasar 100 usahawan dibantu terima sijil halal Jakim

Bank Muamalat sasar 100 usahawan dibantu terima sijil halal Jakim

Bank Muamalat sasar 100 usahawan dibantu terima sijil halal Jakim
Bank Muamalat.

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), menyasarkan 100 usahawan tempatan akan menyertai Program Pensijilan Halal Bank Muamalat untuk pemilikan sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, daripada jumlah penyertaan usahawan itu, pihaknya menjangkakan 30 peratus daripadanya akan mendapat sijil Halal Jakim, menjelang 2026.

Katanya, selain sektor makanan dan minuman, Bank Muamalat akan meneroka sektor lain yang boleh dibantu pihaknya, melalui program itu.



“Bank Muamalat komited mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia peneraju pasaran halal global menjelang 2025, dengan nilai eksport sebanyak RM63.1 billion.

“Melalui usaha ini, Bank Muamalat ingin membantu usahawan tempatan untuk menjadi penyumbang kepada nilai eksport terbabit apabila mereka mendapat sijil Halal Jakim sekali gus memudahkan produk mereka untuk dipasarkan ke luar negara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?




Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Program Geran Khas Pensijilan Halal Malaysia di sini, hari ini.

Khairul berkata, sebagai institusi perbankan Islam penuh, kumpulan melihat sijil Halal sebagai satu keperluan untuk memelihara pengguna, baik dari segi kesahihan halal dan kebersihan makanan.

Beliau berkata, justeru itu, Program Pensijilan Halal Bank Muamalat menyediakan bimbingan dan kursus latihan secara percuma kepada usahawan sehingga mereka berjaya mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jakim.

Katanya, Inisiatif itu dapat membuka peluang kepada usahawan untuk memasuki pasaran halal yang lebih luas dan meningkatkan pendapatan mereka.



“Kebanyakan usahawan bukan tidak mahu memohon sijil Halal, tetapi tidak tahu cara dan prosedur yang sepatutnya untuk memudahkan permohonan.

“Inilah nilai tambah yang kami berikan apabila mereka menyertai program Halal kami,” katanya.

Pada majlis itu, empat usahawan menerima sijil halal dengan dua daripadanya adalah usahawan asnaf di bawah skim usahawan iTekad Bank Muamalat, manakala dua lagi pelanggan Bank Muamalat yang menyertai Program Pensijilan Halal Bank Muamalat yang dikendalikan oleh Serunai Commerce Sdn Bhd.

Bank Muamalat sasar 100 usahawan dibantu terima sijil halal Jakim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button