PSG kecewakan Girona

PSG kecewakan Girona

PSG kecewakan Girona
MENDES ledak gol tunggal perlawanan. -FOTO Reuters

Paris: Paris Saint-Germain gembira kerana kesilapan penjaga gol lawan Paulo Gazzaniga membolehkan mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Girona, pasukan yang membuat penampilan pertama di pentas Eropah dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

PSG menguasai lebih 60 peratus dan melakukan 24 percubaan ke gawang tampak akan dikecewakan oleh lawan mereka di Parc des Princes sehingga hantaran lintang Nuno Mendes yang rendah melalui bawah Gazzaniga memasuki ke gawang pada minit ke-90.

Ia adalah pengakhiran mengecewakan buat Girona dalam Liga Juara-Juara yang layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah selepas menduduki tempat ketiga La Liga musim lalu.



Manakala PSG terlepas peluang demi peluang pada separuh masa kedua dan bersedia dengan keputusan seri sama seperti kekalahan separuh akhir mereka kepada Borussia Dortmund musim lalu ketika mereka gagal menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan.

Bagaimanapun, gol lewat perlawanan itu membolehkan pasukan Luis Enrique meneruskan permulaan sempurna yang menyasarkan melangkah lebih jauh daripada musim lalu apabila langkah mereka terhenti di separuh akhir dan menjulang kejuaraan terbesar Eropah buat kali pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?




“Girona bertahan dengan sangat baik dan menunjukkan mengapa musim lalu mereka memimpin La Liga begitu lama.

“Mereka adalah pasukan yang lebih baik daripada kebanyakan pasukan dalam kelompok kedua atau ketiga malah dalam kelompok pertama juga.

“Tetapi kami jauh lebih baik pada separuh masa kedua. Kami mendapat sedikit tuah dengan gol itu tetapi saya rasa kami layak untuk kemenangan ini,” kata Luis Enrique.

Format Liga Juara-Juara diubah secara menyeluruh oleh UEFA musim ini dengan semua kelab dalam fasa liga baharu kini bermain lapan perlawanan menentang lapan lawan yang berbeza.



Lapan pasukan teratas akan mara ke pusingan 16 terakhir, manakala pasukan yang menduduki tempat kesembilan hingga ke-24 dalam kedudukan akan beraksi dalam saingan play-off.

PSG kecewakan Girona

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button