Sasar 1,500 graduan TVET
Sasar 1,500 graduan TVET
Kuala Lumpur: Eastern International Academy (EIA) menyasarkan kira-kira 1,500 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dalam pelbagai sektor.
Pengasasnya, Datuk Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin berkata, pihaknya optimis jumlah itu dapat dicapai menerusi memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang dilaksanakan bersama Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dan Ombak International Academy (OIA).
Katanya, MoU itu menandakan permulaan usaha strategik untuk memperkasakan TVET di negara ini, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi permintaan pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.
“Kami komited untuk terus bersaing di persada pendidikan TVET dan memajukan bidang ini ke tahap lebih tinggi.
“Kami juga berharap MoU ini akan memperkukuh kedudukan industri pendidikan TVET di negara kita, setanding dengan pusat pendidikan vokasional antarabangsa,” katanya di majlis menandatangani MoU di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi KLTVET, Prof Madya Dr Mohamad Ridzuan Zamry dan Pengasas OIA, Datuk Zulkifli Mohd Sharif.
Wan Noor Akyilah berkata, EIA menekankan usaha peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui program TVET.
“Kami menyediakan infrastruktur moden serta tenaga pengajar bertauliah bagi memastikan dasar TVET sehingga 2030 tercapai,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama EIA dengan KLTVET dan universiti luar negara seperti Alzette University, juga membolehkan graduan dari peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga diploma lanjutan TVET dapat melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi.
Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, graduan TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang pekerjaan di negara ini.
“Ini adalah dasar yang signifikan kerana melalui TVET, kita mampu membentuk sekumpulan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
“Dengan tenaga mahir ini, kita dapat memenuhi keperluan pelbagai sektor, termasuk sektor perladangan,” katanya.
Sasar 1,500 graduan TVET
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH
- Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin
- Kerosakan PAS bermula dari kepimpinan atasan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :