Ekosistem AI, jadi fokus Pelan Pembangunan Negara

Ekosistem AI, jadi fokus Pelan Pembangunan Negara

Ekosistem AI, jadi fokus Pelan Pembangunan Negara
HANIFAH berucap pada Persidangan Statistik Malaysia Ke-11 (MYSTATS) 2024 di Sasana Kijang, Bank Negara. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Pembangunan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) akan diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju teknologi AI global melalui pelaburan strategik.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, AI kini dibincangkan sebagai pembolehdaya masyarakat dan penyelesaian kepada cabaran pentadbiran, tanpa mengira industri atau sektor.

Katanya, sejak kebelakangan ini, AI beralih daripada fiksyen sains untuk dibangunkan dan diaplikasikan dalam skala lebih besar.



“RMK-12 sudah memberi fokus kepada pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi AI, dengan tujuan memperkukuh infrastruktur digital negara, seperti rangkaian 5G dan pusat data.

“Ini dilaksanakan melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memajukan inovasi AI dalam sektor utama seperti perubatan, pertanian dan pembuatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




“Oleh itu, penekanan terhadap AI akan terus diberikan dalam RMK-13. Ia akan memfokuskan kepada pengembangan ekosistem AI yang lebih komprehensif melalui pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi, serta memperluas aplikasi AI dalam sektor utama termasuk perkhidmatan awam.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kesinambungan dan pengembangan daripada inisiatif RMK-12, dengan RMK-13 bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju teknologi AI global melalui pelaburan strategik dan kerjasama yang lebih mendalam,” katanya Persidangan Statistik Malaysia Kali ke-11 (MYSTATS) 2024, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Marzunisham Omar dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Hanifah berkata, melalui pelaksanaan dasar yang tersusun, kerajaan juga sudah menarik pelaburan asing (FDI) lebih besar dengan peningkatan sebanyak 57.2 peratus berdasarkan jumlah diluluskan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan pada 2023, termasuklah pelaburan berkaitan AI.



Beliau berkata, manfaatnya, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan yang akhirnya dapat meningkatkan pendapatan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?


“Dulu, AI dianggap sebagai fiksyen sains, tetapi kini ia sudah digunakan secara meluas dan dianggap sebagai ‘next big thing’ dalam dunia digital.



“Kajian oleh International Data Corporation (IDC) menunjukkan bahawa pasaran global AI kini bernilai AS$235 bilion (RM1.0 trilion) dan dijangka meningkat kepada lebih AS$631 bilion (RM2.71 trilion) menjelang 2028.

“Perbelanjaan terbesar dalam sektor AI kini tertumpu kepada perkhidmatan IT, perbankan dan peruncitan,” katanya.

Ekosistem AI, jadi fokus Pelan Pembangunan Negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button