Kedudukan kukuh LBS

Kedudukan kukuh LBS

Kedudukan kukuh LBS
LBS mendapat pengiktirafan oleh Deloitte Private untuk tahun ketiga berturut-turut.

Petaling Jaya: LBS Bina Group Berhad (LBS) berada di landasan tepat untuk terus mencatatkan kejayaan yang cemerlang dalam industri hartanah Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat terkemuka di negara ini melalui pendekatan strategik dan inovatif.

Ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, LBS mempunyai sejarah panjang dalam industri hartanah, yang membolehkan syarikat memahami selok-belok pasaran dan kehendak pelanggan dengan mendalam serta memperoleh pelbagai pengiktirafan yang menandakan kejayaan dan keunggulannya dalam industri hartanah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan LBS Datuk Joey Lim Hock Guan berkata, terbaharu LBS mendapat pengiktirafan sebagai Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private untuk tahun ketiga berturut-turut.



Katanya, anugerah diberikan Deloitte adalah pengiktirafan yang sangat berprestij dan diakui oleh komuniti perniagaan tempatan serta antarabangsa.

“Saya berasa amat bangga dan gembira. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih seluruh pasukan kami, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan LBS sebagai peneraju dalam industri pembangunan hartanah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




“Saya juga berterima kasih kepada seluruh warga LBS yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan ini.

“Dedikasi dan komitmen kami semua adalah kunci kepada pengiktirafan yang kita terima hari ini.

“Kami sentiasa menghargai segala usaha dan semangat warga LBS dalam menjadikan LBS sebagai sebuah syarikat yang cemerlang.

“Bersama-sama, kami akan terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan dan kami berharap dapat terus mengekalkan kejayaan pengiktirafan ini bagi tahun mendatang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat LBS di sini.



Beliau berkata, LBS akan memastikan setiap keputusan korporat dibuat dengan teliti dan berdasarkan maklumat kukuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?


Menurutnya, LBS ingin menjadi pemaju utama yang bukan sahaja membangunkan projek, tetapi juga mencipta ruang yang memberi inspirasi dengan menitikberatkan kesejahteraan komuniti.



“Kami berusaha mencapai kecemerlangan lebih tinggi yang mana LBS akan menumpukan kepada beberapa inisiatif utama selaras visi dan misi syarikat.

“Ia termasuk dalam Pembangunan Perumahan Mampu Milik yang Mampan, Inovasi dalam Pembangunan Hartanah, Pengukuhan Kehadiran di Pasaran Antarabangsa, Memperkukuh Konsep Kelestarian Dalam Operasi dan Pengukuhan Kepimpinan dan Bakat,” katanya.

Dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, LBS mengamalkan pendekatan yang sangat berhati-hati dan responsif terhadap keperluan pasaran.

Lim berkata, LBS merekodkan satu lagi pencapaian visinya apabila menyempurnakan penyerahan kunci bagi Projek Idaman BSP yang menjadi projek pertama kumpulan bersama kerajaan negeri Selangor.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0


“Ini satu pencapaian visi yang telah lama kami pegang, iaitu untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, terutamanya dalam kategori mampu milik.

“Kami memahami bahawa kelestarian dan kemampuan adalah dua faktor utama yang diutamakan oleh pembeli rumah, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.



“LBS dan anak syarikat kami, MGB Berhad (MGB) sentiasa peka terhadap perubahan dalam pasaran dan ekonomi, justeru kami menyesuaikan strategi dengan keadaan semasa, termasuk dari segi pembiayaan dan penetapan harga, supaya ia selari dengan kemampuan kewangan pembeli.

“Misalnya, kami bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan pakej pembiayaan fleksibel dan berpatutan, yang membantu meringankan beban pembeli rumah,” katanya.

Selain itu, LBS dan MGB sentiasa komited untuk memainkan peranan yang besar dalam industri ini berikutan projek perumahan mampu milik di Malaysia sangat penting dan berpotensi, terutamanya dengan peningkatan permintaan untuk rumah berpatutan dalam kalangan rakyat di bandar.

“Saya percaya bahawa perumahan mampu milik akan terus menjadi salah satu keutamaan utama dalam agenda pembangunan negara, memandangkan ia adalah kunci kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan sosial.

“Kami bukan sahaja fokus kepada menyediakan rumah yang mampu dimiliki, tetapi juga memastikan kualiti dan keselesaan tidak dikompromi.

“Dari segi teknologi pembinaan pula, selain Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang terpakai sekarang, kami akan terus berinovasi dan mencari solusi lebih efisien dalam pembinaan dan reka bentuk perumahan.

“Ini membolehkan kami mengawal kos tanpa menjejaskan kualiti, sekaligus memastikan projek kami tetap kompetitif di pasaran,” katanya.

LBS juga melihat potensi besar untuk memperluaskan konsep perumahan mampu milik ini ke negeri lain dengan kerjasama kerajaan.

Ini adalah selaras dengan visi LBS untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik di seluruh negara dan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam industri hartanah Malaysia.

Kedudukan kukuh LBS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button