Status pemain bintang bukan jaminan menang-Kim Swee

Status pemain bintang bukan jaminan menang-Kim Swee

Status pemain bintang bukan jaminan menang-Kim Swee
PEMAIN Sabah FC, Joao Pedro Boeira Duarte (kanan) cuba melepasi pemain PDRM FC, Kyaw Min Oo (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia antara PDRM FC menentang Sabah FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. -FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui status sebagai pemain bintang bukan jaminan untuk pasukannya meraih kemenangan dalam saingan Liga Super.

Situasi terbabit dibuktikan apabila barisan anak buahnya yang berstatus pemain kebangsaan tewas 0-1 kepada PDRM pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Selayang, petang semalam.

Malah, bekas pengendali skuad bawah 23 tahun itu mahu barisan pemainnya menyalahkan diri sendiri menyebabkan gawang Sabah FC dibolosi pada lewat permainan.



“Kita harus salahkan diri sendiri kerana Sabah mencipta banyak peluang tapi gagal terjemahkan kepada jaringan. Lihat bagaimana PDRM menunjukkan keinginan cukup tinggi dan bertahan selepas mendapat gol pertama.

“Bagi saya, kita tidak boleh memandang rendah kepada pasukan kerdil sekali pun. Apa yang dicapai pada perlawanan lalu sebenarnya tidak boleh diambil kira.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




“Sebenarnya, kita tak boleh menganggap semua pasukan ada antaranya mudah untuk mencapai kemenangan walaupun mempunyai pemain berstatus bintang,” katanya.

Pada perlawanan petang semalam menyaksikan PDRM FC membenam Sabah FC 1-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang.

Barisan anak buah P Maniam cukup kental apabila berjaya mengekang setiap asakan ketika perlawanan dilihat lebih dikuasai pasukan pelawat.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import PDRM Ifedayo Olusegun sekali gus menyaksikan PDRM berjaya memperbaiki kedudukan Liga Super untuk berada di tempat keenam.



Sabah FC pula mencatatkan kekalahan keempat dan kini menghuni tangga kelima Liga Super.

Status pemain bintang bukan jaminan menang-Kim Swee

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button