Anwar Dan Mahathir Saling Berbalas Pantun

Anwar Dan Mahathir Saling Berbalas Pantun

Anwar Dan Mahathir Saling Berbalas Pantun

Teringat penulis pada apa yang pernah dikatakan oleh kawan penulis sedikit masa dahulu.

“Politik di Malaysia ini adalah mengenai dua sosok tubuh yang sudah berdekad bermusuhan dalam dunia politik, Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim”.

Mungkin benar apa yang pernah dikatakan oleh kawan penulis.



Permusuhan antara kedua mereka sudah berlanjutan berdekad lamanya.

Permusuhan yang terjadi adalah realiti, manakala perdamaian yang ditontonkan adalah plastik.

Terkini, Dr Mahathir dan Anwar saling berbalas pantun.

Saling tuduh menuduh antara satu sama lain.



Segala-galanya bermula apabila Anwar membuat sindiran tajam kepada Dr Mahathir dalam ucapan beliau di Konvensyen Nasional PKR.

“Ada pemimpin yang sudah puluhan tahun mendapat kuasa, tetapi tidak menggunakannya untuk membantu bangsa Melayu”.

“Tetapi kuasa yang ada digunakan untuk mengkayakan keluarga dan kroni”.

“Sekarang, bila sudah tidak ada kuasa, barulah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu,” sindir Anwar.



Realitinya, ada kebenaran di sebalik sindiran Anwar Ibrahim.

Dalam masa 2 dekad memegang jawatan perdana menteri, anak-anak, keluarga dan kroni telah berjaya menjadi billionaire.

Sedangkan mereka bukannya datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan hartawan atau mempunyai empayer perniagaan.

Tidak salah berusaha mengumpulkan kekayaan melalui perniagaan.



Tetapi bagaimana kekayaan itu dikumpul dan macam mana peluang perniagaan itu diperolehi yang menjadi persoalan.

Kemudian pantun Anwar dibalas oleh Dr Mahathir dengan menghantar Letter of Demand melalui peguam.

Dr Mahathir menuntut Anwar supaya mengemukakan bukti sindiran beliau atau berhadapan tindakan saman fitnah.

Pantun Dr Mahathir disambut Anwar dengan mengatakan segala bukti akan didedahkan di mahkamah dan mencabar Dr Mahathir supaya meneruskan saman fitnah.



Terkini, Dr Mahathir pula mencabar Anwar untuk membuat pengisytiharan harta.

Bila Orang Tua Berperangai Seperti Budak Budak

Penulis menghormati kedua-dua pemimpin tersebut, tapi berhentilah berperangai seperti budak-budak.

Seorang kata mak kau hijau, seorang lagi kata bapak kau biru, melalut dan terus melalut.

Saman fitnah sudah pun difailkan di mahkamah, dedahkanlah segala-galanya di mahkamah.



Kepada Anwar Ibrahim, janganlah dilayan sangat kerenah Dr Mahathir.

Sebagai perdana menteri, nasib lebih 30 juta rakyat Malaysia kini adalah tanggungjawab beliau.

Kepada Dr Mahathir, tak perlu lagi mencampuri urusan kerajaan.

Rakyat pun sudah menolak beliau.

Kehilangan deposit dalam PRU 15 adalah mesej yang sangat jelas dari rakyat kepada beliau.

Biarkan pihak yang mempunyai mandat menjalankan pentadbiran negara dan Dr Mahathir duduk sahaja di rumah bersama anak cucu.

Contoh terbaik adalah Tun Abdullah Badawi atau Pak Lah.

Bosanlah dengan ‘non end story’ yang ditayangkan melalui CD rosak.

 

Anwar Dan Mahathir Saling Berbalas Pantun

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button