Tiba tiba Mahathir puji Khairy ada prinsip.
Situasi politik terkini membuat ramai rakyat menjadi keliru.
Siapa sokong siapa ,siapa benci siapa juga sudah cukup membuat rakyat pening kepala.
Jika pemerhati politik sukar membaca , apa lagi rakyat biasa.
Kekeliruan sebegini dan keadaan huru hara sebegini sememang nya kesukaan Tun Mahathir.
Ini kerana situasi kalam kabut akan membuat rakyat tidak tumpu kepada kes kes rasuah seperti kes Zeti.
Smbil itu juga boleh ‘divert’ kisah pandora dan kes mahkamah kuncu kuncu Mahathir.
Mahathir baru baru ini menyatakan KHAIRY sebagai seorang berprinsip.
Tidak tahu sama ada Mahathir berseloroh atau serius tidak dapat dipastikan.
Kemudian , apa motif nya juga belum kita dapat maklum dan membaca.
Mahathir tidak akan cakap tanpa helah dan muslihat.
Khairy Jamaluddin antara sebab dan alasan untuk Mahathir jatuhkan kerajaan Tun Lah.
Ketika itu Mahathir menyerang Khairy dengan isu ‘level 4’ yang dipengaruhi oleh Singapura.
Maka, ramai ahli umno turut menyerang kepimpinan Tun Lah.
Dari kemenangan cemerlang PRU bawah Tun Lah , sehingga lah BN hilang Empat negeri dibawah keimpinan Tun Lah hasil hasutan Tun Mahathir.
Maka memuji Khairy ada prinsip pasti sekali ada lah sandiwara Mahathir terbaru yang ada motif tersendiri.
Mahathir perlu ramai kawan sejak Tun Daim disiasat.
Tambah lagi kes saman Mahathir RM150 juta bakal bermula.
Sambil itu YDPA baru akan ambil alih pada penghujung tahun.
Maka , sah lah Mahathir perlu kumpul kawan seramai mungkin sebelum bertempur.
Mahathir tidak akan menyatakan sesuatu jika beliau tiada motif.
Motif pula sentiasa kepentingan peribadi sahaja berlindung belakang perkara lan seperti Proklamasi Melayu.
Kali ini kita lihat sahaja episode Seterus nya kerana Mahathir amat tersepit tetapi ego nya tidak akan menunjuk kan nya.
Jika Khairy mhu seronok dengan pujian Mahathir silakan, namun kami berkira Mahathir akan menunggang Khairy untuk matlamat nya.