Putera Harry tiba di mahkamah London untuk beri keterangan

Putera Harry tiba di mahkamah London untuk beri keterangan

Putera Harry tiba di mahkamah London untuk beri keterangan
Putera Harry (kiri) tiba di Mahkamah Tinggi di Bangunan Rolls London. – Foto REUTERS

LONDON: Putera Harry tiba di mahkamah di sini, hari ini untuk memberikan keterangan terhadap dakwaan pengumpulan maklumat haram ke atas penerbit akhbar tabloid.

Kehadiran Harry, 38, disambut sekumpulan jurugambar ketika dia tiba dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Bagaimanapun, Harry tidak memberikan sebarang maklum balas kepada wartawan yang menunggu kehadirannya.



Untuk rekod, anak bongsu kepada Raja Charles III dan tokoh berprofil tinggi mendakwa penerbit tabloid berkenaan terbabit dalam aktiviti haram termasuk penggodaman telefon dan menuntut ganti rugi.

Perbicaraan membabitkan Mirror Group Newspapers (MGN) yang dijangka berjalan sehingga tujuh minggu bermula bulan lalu, iaitu beberapa hari selepas pertabalan Charles pada 6 Mei, yang turut dihadiri Harry

Kemunculannya di mahkamah dikatakan sebagai kali pertama bagi seorang keluarga diraja utama, sejak Edward VII, yang memberi keterangan dalam perbicaraan fitnah pada 1890 sebelum menjadi raja

Putera Harry tiba di mahkamah London untuk beri keterangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button