Hukuman baharu wanita tak bertudung di Iran cetus debat

Hukuman baharu wanita tak bertudung di Iran cetus debat

Hukuman baharu wanita tak bertudung di Iran cetus debat
Gambar hiasan

TEHRAN: Draf undang-undang Iran yang akan menetapkan hukuman baharu bagi wanita tidak bertudung di khalayak ramai mencetuskan perdebatan hangat dalam kepimpinan republik Islam itu susulan semakin ramai melanggar peraturan ketat berkenaan.

Sejak selepas revolusi 1979, wanita dikehendaki menutup rambut dan leher di tempat awam, dengan pesalah berdepan denda atau hukuman penjara maksimum dua bulan.

Bagaimanapun, semakin ramai yang melanggar undang-undang itu dan bertindak berani, dengan tidak mengenakan hijab ketika di tempat awam.



Trend itu semakin meningkat susulan protes yang berlaku di seluruh negara, selepas kematian seorang wanita Kurdish, Mahsa Amini, 22, ketika dalam tahanan polis selepas dipercayai melanggar kod pemakaian itu pada September lalu.

Protes berkenaan menggegarkan Iran, apabila mencetuskan tindakan keras pihak berkuasa sehingga meragut nyawa ratusan orang awam, selain berpuluh-puluh anggota keselamatan dan menyaksikan ribuan lagi ditangkap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

New York saman Hyundai, Kia atas kes kecurian kenderaan




Golongan konservatif Iran yang mendominasi parlimen dan kepimpinan negara itu komited mempertahankan kod pakaian berkenaan dan percaya peraturan lebih santai akan memulakan proses membawa kepada perubahan besar dalam ‘norma sosial’.

Bagaimanapun, berikutan ramai dalam kalangan rakyat Iran menuntut perubahanpada Mei lalu, badan kehakiman dan kerajaan mencadangkan rang undang-undang ‘Sokongan Budaya Hijab dan Kesucian’, untuk ‘melindungi masyarakat’ dan ‘memperkukuh kehidupan keluarga’.

Rang undang-undang itu mencadangkan peningkatan denda untuk ‘sesiapa sahaja yang menanggalkan tudung mereka di tempat awam atau di internet’, namun menarik balik ancaman menerusi hukuman penjara.

“Rang undang-undang ini mengurangkan tindakan tidak memakai hijab daripada jenayah kepada salah laku, sama seperti pelanggaran lalu lintas tetapi dengan denda yang lebih berat.



“Selepas kematian Amini dan protes seterusnya, masyarakat tidak lagi menerima bahawa seorang wanita dipenjarakan kerana dia tidak bertudung,” kata ahli sosiologi, Abbas Abdi kepada AFP.

Untuk rekod, di bawah undang-undang syariah Islam Iran yang dikuatkuasa selepas revolusi 1979, wanita diwajibkan untuk menutup rambut mereka dan mengenakan pakaian labuh lagi longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh badan mereka.

-AFP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button