Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?

Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?

Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?

4 Februari 1987, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Harun Hashim, mengisytiharkan UMNO adalah sebuah parti politik yang tidak sah.

Ianya adalah rentetan dari tindakan beberapa pemimpin UMNO yang mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti pada 24 April 1987.

Dalam perbicaraan, kumpulan tersebut telah membangkitkan isu cawangan hantu yang didakwa wujud ketika pemilihan parti 1987.



Implikasinya, mahkamah membuat keputusan mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah parti politik yang tidak sah.

Pada 16 Februari 1988, UMNO telah diterima semula sebagai komponen Barisan Nasional selepas pendaftaran semula UMNO diluluskan pada 13 Februari 1988.

Dengan pendaftaran semula UMNO pada tahun 1988, 2 isu utama yang mesti diselesaikan segera oleh kepimpinan UMNO ketika itu.

Pertama, pendaftaran semula ahli UMNO asal kepada keahlian UMNO yang baharu didaftarkan.



Dan kedua, adalah pemulangan semula aset UMNO lama kepada pegangan UMNO yang baharu didaftarkan.

Dr Mahathir yang menjadi Presiden UMNO ketika itu pernah mendedahkan, selepas UMNO didaftarkan semula, wujud akaun rahsia UMNO sebagai pemegang amanah.

Tujuannya adalah supaya sekiranya peristiwa yang sama berulang, UMNO masih mempunyai kewangan bagi urusan pentadbiran.

Persoalannya, siapakah pemegang amanah tersebut, adakah ianya dipulangkan sepenuhnya selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO serta berapa nilainya?



Dr Mahathir Antara Ahli Politik Dunia Terkaya Sepanjang Zaman

Mantan Presiden UMNO ke 7, DS Najib, pernah mendedahkan bahawa Dr Mahathir dan kroni beliau mempunyai empayer perniagaan yang bernilai RM285 juta.

Adakah ianya merupakan sebahagian dari harta UMNO yang didaftarkan di dalam akaun rahsia yang dikatakan oleh Dr Mahathir?

Kemudian tular pula surat yang bertarikh 20 May 2010 dari Halim Saad kepada Dr Mahathir berhubung pertikaian harta bernilai RM100 bilion antara beliau dan UMNO.

Dan adakah ianya juga merupakan sebahagian dari harta UMNO yang tidak dikembalikan?



Yang kini terbongkar hanyalah harta UMNO yang bernilai RM2.3 bilion, hanya 5% dari jumlah yang masih lagi menjadi tanda soal.

Yang pasti, Dr Mahathir telah dinobatkan sebagai antara ahli politik terkaya sepanjang zaman.

Dan UMNO kini sudah menjadi antara parti politik Melayu termiskin di dalam negara!!!

 



Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button