Resepsi Janna Nick terus jadi bualan
Caprice pertahan Wadi Annuar, tak salah baca doa majlis ala barat
Resepsi Janna Nick terus jadi bualan
KEHADIRAN pendakwah Mohamad Wadi Annuar Ayub membaca doa di majlis resepsi perkahwinan ala barat pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang diadakan di sebuah resort mewah di Pulau Langkawi Sabtu lalu mengundang perbalahan dalam kalangan netizen.
Netizen menyifatkan pasangan pengantin tidak sensitif apabila mengundang agamawan itu memandangkan Janna tidak menutup aurat pada acara berkenaan.
Bagaimanapun penyanyi rap Caprice mempersoalkan tindakan netizen yang menyelar kehadiran Wadi untuk membaca doa pada majlis berkenaan.
Jelas Caprice atau Ariz Ramli, 35, berkata, tidak salah sekiranya seorang ustaz mahu membaca doa dan sebagai umat Islam seseorang harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain.
“Pada yang marah dan kecam kenapa ustaz Wadi hadir di majlis perkahwinan ala barat ini, kalau anda tak mahu ustaz baca doa, habis itu anda nak siapa yang baca doa?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…
- Laungan “Bebaskan Bossku” dalam PAU bukti ahli UMNO mahu Najib dibebaskan secepat mungkin
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?
“Baguslah ada orang yang nak doa untuk kita. Kita semua sebagai umat Islam kena sentiasa doa yang terbaik untuk umat Islam termasuklah yang masih ‘jahat’ ini. Insya Allah,” katanya.
Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Sementara itu, Caprice berkata, dia tidak melihat sebarang kesalahan sebaliknya melihat kehadiran Wadi pada majlis tersebut mungkin menjadi asbab dalam memberi kebaikan kepada tetamu yang hadir.
Caprice berkata, Wadi memang sering mendekati artis dan pempengaruh media sosial yang sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua.
“Perkara ini kecoh di media sosial, ramai kecam dan ada PU yang cuba tegur ustaz Wadi yang hadir pada perkahwinan ala barat Janna.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Telah tumpas Cubaan pihak lawan pedaya ahli umno dan penyokong DSNR di Himpunan Agung Umno.
- MB Pahang Wan Rosdy cerita berkenaan pengkhianatan PAS
Janna Nick & Dini Schatzmann Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
“Kalau anda perasan, ustaz Wadi memang cuba rapat dengan artis dan pempengaruh media sosial… bagi saya tiada masalah kerana perkara ini bagus.
“Mana tahu disebabkan ustaz Wadi terjentik hati artis-artis di Malaysia ini untuk cuba ubah ke arah lebih baik. Insya Allah kita tak tahu,” katanya.
Resepsi Janna Nick terus jadi bualan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?