PBB syor kod tata laku tangani penyebaran maklumat salah

PBB syor kod tata laku tangani penyebaran maklumat salah

PBB syor kod tata laku tangani penyebaran maklumat salah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. – Foto AFP

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mencadangkan pelaksanaan kod tata laku etika antarabangsa bagi menangani isu kesilapan maklumat melalui pentas digital, kesan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, pembangunan pesat AI termasuk chatbots, penjana imej dan teknologi klon suara, mencetuskan kebimbangan dunia terhadap risiko menyebarkan maklumat palsu.

Katanya, beliau menyokong idea pembentukan sebuah badan pemerhati AI yang mirip kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), namun hanya negara anggota boleh menciptanya, bukan Sekretariat PBB.



“Walaupun teriakan amaran mengenai AI ‘membingitkan’, mereka tidak boleh mengalihkan perhatian daripada kerosakan yang dilakukan teknologi digital kepada dunia kita.

“Penyebaran kebencian dan pembohongan dalam ruang digital menyebabkan kemudaratan kepada dunia, yang semakin teruk sekarang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?




“Ia memburukkan konflik, kematian dan kemusnahan sekarang. Ia mengancam demokrasi dan hak asasi manusia sekarang,” katanya pada sidang media semasa membentangkan taklimat dasar mengenai perkara itu.

Guterres berkata, Kod Tata Laku PBB bagi integriti maklumat pada pentas digital akan dibangunkan menjelang Sidang Kemuncak Masa Depan PBB, yang dijadualkan pada tahun depan.

Katanya, taklimat beliau berhubung dasar itu akan merangkumi kod etika, termasuk memastikan tindakan pengiklan yang menjana wang menerusi kandungan berbahaya perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbelanjaan mereka.

“Penyaluran maklumat salah dan kandungan penuh kebencian tidak seharusnya diberi pendedahan meluas dan meraih keuntungan besar,” katanya.



Beliau turut memberi amaran bahawa pentas dalam talian, yang menyebabkan perubahan besar-besaran dari segi sosio budaya, turut mendedahkan sisi yang lebih gelap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Janna Nick & Dini Schatzmann Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


“Keupayaan untuk menyebarkan maklumat palsu pada skala besar bagi melemahkan fakta secara saintifik menimbulkan risiko kepada manusia,” katanya merujuk kepada risiko terhadap institusi demokrasi dan hak asasi manusia.



Beliau berkata, kod tata laku itu harus dibangunkan berdasarkan komitmen terhadap integriti maklumat, hak asasi manusia dan sokongan kepada media bebas.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan masa lalu, pentas digital dilancarkan tanpa adanya kesedaran atau penilaian yang mencukupi mengenai risiko kerosakannya kepada masyarakat dan individu.

“Falsafah era Lembah Silikon iaitu ‘bergerak pantas dan memecahkan halangan’, mesti diakhiri,” katanya. – AFP

PBB syor kod tata laku tangani penyebaran maklumat salah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button