Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
Pelbagai reaksi timbul apabila perdana menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan kepada Dewan Negara, hasil siasatan SPRM mendapati tiada unsur jenayah atas Nazlan ketika membicarakan kes SRC.
Yang selama ini memusuhi DS Najib dengan segera bersorak gembira.
Manakala yang setia dan yakin DS Najib tidak bersalah, seakan dilanda kemurungan dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Penulis akui, memang benar ada sesuatu yang tidak kena.
Apa yang tidak kena?
Yang tidak kena adalah tafsiran ke atas penerangan Anwar Ibrahim itu.
Cuba baca semula penerangan dari Anwar Ibrahim di dalam Dewan Negara.
“SPRM telah menyiasat secara menyeluruh perkara itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan”.
“Perkara ini telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC),” jelas Anwar.
Kita kena fahamkan betul-betul perbezaan antara dakwaan berlakunya pelanggaran Kod Etika Hakim dengan kesalahan jenayah.
Ianya adalah 2 perkara yang berbeza.
Memang benar, sepanjang mengendalikan kes SRC, Hakim Nazlan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.
Beliau tidak menerima rasuah atau sogokan untuk memandu keputusan kes yang dibicarakan.
Kesalahan Jenayah Dan Pelanggaran Kod Etika Hakim Adalah Perkara Berbeza
Yang menjadi pertikaian selama ini adalah berlakunya pelanggaran Kod Etika Kehakiman oleh Nazlan ketika mengetuai perbicaraan kes SRC.
Dan dalam siasatan SPRM, mereka mendapati ada asas yang kukuh berlakunya pelanggaran Kod Etika Hakim oleh Nazlan.
Oleh kerana itu, selepas menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara, Peguam Negara telah mengarahkan SPRM supaya merujuk kepada Ketua Hakim Negara.
Kerana pelanggaran Kod Etika Hakim oleh hakim bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.
Sekiranya siasatan SPRM mendapati Nazlan ada menerima rasuah dalam menentukan keputusan kes, maka ianya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.
Mengenai konflik kepentingan Nazlan, memang benar ianya sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Dan atas prinsip pengasingan kuasa, maka kerajaan akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Malah pihak DS Najib sendiri sudah menarik balik tuntutan tersebut melalui Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners pada 9 Ogos 2022.
Sama ada ianya ditarik balik atas alasan teknikal, hanya DS Najib dan peguambela beliau sahaja yang tahu.
Walau bagaimana pun, perjuangan keadilan untuk DS Najib hendaklah diteruskan kerana masih ada ruang untuk keadilan kepada beliau.
Kepada yang memusuhi DS Najib, jangan terlalu gembira dengan penjelasan Anwar Ibrahim itu kerana ianya tidak mempunyai apa-apa makna di sisi Kedaulatan Undang Undang.
Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang
- Hadi Awang Akui Beliau Pendokong Syiah
- Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
- Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri