Risau isteri kempunan, suami beli stroller mewah harga RM23,000 [VIDEO]
Netizen tanya “boleh bergerak sendiri ke?”
Risau isteri kempunan, suami beli stroller mewah harga RM23,000
PASANGAN suami isteri yang bakal menimang cahaya mata pastinya teruja membeli pelbagai kelengkapan bayi.
Terbaharu, seorang pengasas produk, Afini Safien menjadi bualan ramai apabila dia mendedahkan suaminya membeli sebuah kereta sorong bayi pada harga RM23,000.
@afinisafien
Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli 🥴 nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad
“Terima kasih suami. RM23,000 ‘melayang’ untuk kereta baby sampai termimpi-mimpi memang kena beli, nanti kempunan pula katanya suami.
“Bukan dia stroller mahal-mahal. Terima kasih hubby,” ujarnya pada kapsyen video di aplikasi TikTok.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terkini , Antony Loke tibai Mahathir -“DAP tidak akan sentuh dan persoal kedudukan Islam”
- Tajuk berita “kemenangan pekebun durian Musang King” tidak beretika
Namun, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan pendedahan harga tersebut dan menganggap wanita itu sekadar mahu menunjuk-nunjuk.
“Kena mention harga. Kalau tak mention, tak terpaling Dior la kan?
“Kita nak beli yang RM200 pun fikir dua kali.
“Stroller ni boleh bergerak sendiri ke?” tulis beberapa netizen.
Risau isteri kempunan, suami beli stroller mewah harga RM23,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO
- Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan
- Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :