Kembali Bergandingan Dengan Mas Idayu Selepas Kontroversi
Sissy Iman Teruja
Kembali Bergandingan Dengan Mas Idayu Selepas Kontroversi
Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan bersama penyanyi, Mas Idayu sebagai penyampai trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 meskipun kedua-dua mereka pernah terpalit kontroversi sebelum ini.
Menurut Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil, dia langsung tidak menyimpan sebarang perasaan selepas insiden komen Mas Idayu yang dikatakan agak kasar ketika dia menyertai sebuah program realiti nyanyian baru-baru ini.
“Tahun lepas saya menjadi hos di backstage tapi kali ini tugas saya adalah selaku penyampai trofi. Saya teruja kerana bakal bergandingan dengan individu yang best iaitu Mas Idayu.
“Jadi, untuk berada sepentas dengan Mas Idayu, saya tidak menyimpan sebarang perasaan takut kerana hubungan diantara kami memang tiada apa-apa masalah.
“Namun, ini merupakan kemunculan pertama kami bersama-sama sejak insiden di program Famili Duo,” katanya kepada MH.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low
- Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah
- Ramai menanti Zeti datang Mahkamah sebagai saksi
Penyanyi lagu Mungkin Kamu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang berlangsung di The Agam, Jalan Sungai Penchala pada Selasa.
Dalam pada itu, Sissy turut berharap agar pertemuan semula itu mendapat respon positif daripada masyarakat.
“Kali terakhir saya berhubung dengan Mas Idayu adalah ketika selesai program Famili Duo. Kita ada bersalaman dan berpelukan. Selepas itu, kami tidak berhubung lagi.
“Sebenarnya saya teruja untuk bergandingan dengan Mas Idayu tetapi bila di atas pentas nanti, ia akan lebih tertumpu kepada respon orang ramai yang ingin melihat kami.
“Saya dapat rasakan yang penonton bakal memberikan pelbagai respon,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Parti MUDA atau Suara Penaja Parti MUDA?
- Sanusi seperti orang kena rasuk , kenapa gelabah sangat?
Jelas Sissy lagi, dia menganggap segala kejadian yang pernah berlaku kepadanya sebelum ini merupakan asam garam sebagai seorang anak seni.
“Apa yang boleh saya katakan, saya sudah 100 peratus melupakan keseluruhan insiden tersebut. Saya pun tidak akan menoleh ke belakang lagi.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum, ketika kejadian tersebut berlaku, ia lebih kepada kekecewaan terhadap diri sendiri.
“Keadaan mental saya pun kini berada dalam keadaan baik dan saya lebih ceria,” akhirinya.
Terdahulu, persembahan Sissy dan penyanyi Naim Daniel menerusi lagu Jampi menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu itu dengan baik.
Disebabkan insiden tersebut, Sissy juga tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika di atas pentas.
Gara-gara kritikan pedas itu juga, Sissy turut membuat keputusan membatalkan pelancaran album sulungnya yang dirakamkan di Studio Abbey Road, London itu.