Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish

Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish

Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish

Sanggup bersama-sama menghadapi fasa susah menjadi asbab penyatuan dua jiwa diantara penyanyi dan pelakon Cat Farish bersama cinta hatinya, Shikin Maembong.

Ketika ditemui media usai majlis akad nikah, Cat mendedahkan bibit percintaan mereka bermula dengan sangat unik dan dia juga tidak mengangka perbuatannya itu bakal membawa mereka ke jinjang pelamin.



Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish

 

“Dia jatuh hati selepas melihat saya membersihkan dan mengelap buah pisang. Shikin merupakan seorang peniaga goreng pisang dan stok pisang akan datang dalam guni.

“Bila dalam guni, pisang itu akan berwap dan basah. Kemudian, saya lap dan Shikin pula jadi terharu. Bermula dari insiden itu, sekarang kami dah berkahwin,” katanya kepada MH.

Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish



Dalam pada itu, Shikin yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong menyifatkan Cat sebagai seorang lelaki yang sangat istimewa dan menghargai usahanya sebagai peniaga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?


“Saya sebak kerana segalanya dipermudahkan. Selama ini, saya meniaga dan selalu berhadapan dengan fasa susah payah itu seorang diri. Nak berjumpa dengan orang yang menerima kita seadanya itu agak susah.



“Biasanya, bila kita berkawan dan mereka lihat kita susah payah berniaga, mereka akan biarkan sahaja kita susah sorang-sorang. Tapi Cat ni lain. Dia nak bersusah payah bersama dengan saya.

“Jadi, bila saya nampak dia hargai pisang itu, ia menunjukkan dia tahu nilai dan harga sebuah susah payah itu. Kalau staf lain, mungkin mereka longgokkan sahaja,” ujar Shikin.

Pada masa sama, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli akui dirinya tidak pernah berasa gementar seperti mana yang dirasainya malam tadi.



“Alhamdulillah, kawan-kawan yang saya jemput semua ada. Saya juga terharu dengan kejutan daripada Ruffedge. Cuaca juga mengizinkan.

“Saya tak pernah rasa nervous seperti ini sebelum ini. Bila saya nampak Shikin dan anak-anak, saya juga ikut mengalir air mata. Saya cuba tahan tapi tak berdaya,” kongsinya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa pengganti Muhyiddin dalam BERSATU?


Memilih Mekah sebagai destinasi berbulan madu, Shikin mahu memanjatkan rasa syukur kerana segala doanya sewaktu menunaikan umrah sebelum ini telah dimakbulkan.



“Antara doa saya di hadapan Kaabah adalah untuk dipertemukan dengan jodoh yang menyayangi saya dan anak-anak.

“Saya juga mahu lelaki yang boleh membimbing dan saya ada meminta supaya dipertemukan dengan lelaki yang berpengaruh besar. Tak sangka orang itu adalah Cat.

“Anak-anak saya sukar untuk menerima kehadiran lelaki sebagai bapa. Mereka halang saya untuk punyai teman lelaki. Namun, bila Cat hadir dalam hidup kami, anak-anak pula jadi terlebih suka. Jadi, saya tahu he’s the one,” akhirinya.



Terdahulu, Cat telah selamat bergelar suami kepada Shikin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Khamis.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Sabtu di Bukit Jelutong.

Kredit Foto: CST Production

Kejadian Lap Pisang Buat Shikin Maembong ‘Cair’ Pada Cat Farish


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading