GP Hungary: Lewis Hamilton sambar petak hadapan

GP Hungary: Lewis Hamilton sambar petak hadapan

GP Hungary: Lewis Hamilton sambar petak hadapan
Hamilton (tengah) berjaya menewaskan Verstappen dan Norris untuk meraih petak hadapan GP Hungary pada aksi kelayakan sebentar tadi. – Foto Twitter F1

MOGYOROD – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan kemarau hampir dua tahun selepas berjaya meraih petak hadapan saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary sebentar tadi.

Pada saingan di Litar Hungaroring itu, Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes meraih petak hadapan ke-104 dalam kariernya untuk menewaskan seteru tradisi dari Red Bull, Max Verstappen dengan kelebihan 0.003 saat.

Sementara itu, pelumba McLaren, Landor Norris pula melengkapkan kedudukan tiga peluma terbaik pada sesi kelayakan tersebut.



Hamilton mengakui cukup beremosi terutama selepas gagal mempamerkan sebarang prestasi konsisten sejak tahun lalu selain dibelenggu masalah jentera musim ini.

“Lebih setahun enam bulan saya tidak menikmati prestasi seperti ini kerana masalah jentera yang tidak konsisten.

“Justeru, kejayaan meraih petak hadapan pada GP Hungary kali ini memberikan makna berganda buat saya dan keyakinan tambahan bahawa saya boleh mencipta kejutan pada perlumbaan sebenar nanti,” kata pelumba berusia 38 tahun itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Hamilton meraih petak hadapan adalah pada GP Arab Saudi dua tahun lalu.- AGENSI



GP Hungary: Lewis Hamilton sambar petak hadapan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button