Polis tahan warga Taiwan, rampas dadah lebih setengah juta
Polis tahan warga Taiwan, rampas dadah lebih setengah juta
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Taiwan dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM572,000 dalam serbuan berasingan di Cheras dan Kajang, Selangor, Khamis lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Cheras, di sini dan polis menemui 10 pil erimin 5 dalam pemilikannya.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek kemudian membawa serbuan ke atas sebuah rumah kedai tiga tingkat di Kajang yang dijadikan stor penyimpanan dadah.
“Dalam serbuan itu, polis menemui 20,000 biji pil erimin 5 dianggarkan bernilai RM221,000, 330 gram (g), methamphetamine (RM11,000), 3.2 kilogram (kg) ecstasy (RM43,000), 600g MDMA (RM43,000) dan 700g pati heroin (RM64,000),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Guna nama “Bossku” untuk gaduhkan UMNO sudah gagal, apa seterus nya?
- PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas
- Annuar Musa akan dicalonkan di Pulai?
Katanya, siasatan mendapati suspek berperanan sebagai ‘runner’ dan orang suruhan kepada seorang lelaki warga tempatan dipercayai dalang kegiatan pengedaran dadah itu.
Mohd Shuhaily berkata, semakan mendapati suspek warga Taiwan itu masuk ke negara ini sejak 2016 menggunakan pas pelancong dan pernah ditahan selama dua tahun dari 2016 hingga 2018 mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) kerana memiliki dadah.
“Sebaik dibebaskan pada 2018, suspek menyambung hukuman penjara atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bermula 2018 sebelum dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, Februari lalu.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dia kini direman selama tujuh hari sehingga 3 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata, modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumah kedai sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.
Katanya, Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Polis Kontinjen Selangor bekerjasama dalam siasatan ke sini yang dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis tahan warga Taiwan, rampas dadah lebih setengah juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu
- Badrol Bakhtiar Patut Di Kasihani, Bukan Di Kecam
- Setelah Annuar Musa umum tidak berkempen, Nik Abduh pula umum puasa dari politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.