Suspek kes bom Siti Kasim miliki kepakaran buat bahan letupan

Suspek kes bom Siti Kasim miliki kepakaran buat bahan letupan

Suspek kes bom Siti Kasim miliki kepakaran buat bahan letupan
Gambar fail, polis tengah menyiasat berkenaan satu objek mencurigakan dipercayai bahan letupan ditemui di bawah kereta milik peguam Siti Kassim (gambar kecil kiri) pada 21 Julai lalu di Jalan Maarof, Bangsar.

KUALA LUMPUR: Analisis mendapati diesel, kain, bahan mercun, bateri, litar, wayar dan suis antara bahan terkandung dalam dua botol bom buatan sendiri (IED) yang ditemui di bawah kereta aktivis dan peguam, Siti Kasim di Bangsar, di sini, pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata analisis Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mendapati IED berkenaan adalah bahan letupan yang aktif.

“Analisis pada dua botol berkenaan menemui suis manual untuk mengaktifkan bahan letupan itu dan boleh diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

“Ketika alat letupan itu ditemui, suis berada dalam mod tertutup (tidak aktif). Analisis menemui beberapa bahan lain iaitu diesel, kain, mercun, bateri, litar dan wayar pada dua botol berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.



Mohd Shuhaily berkata, suspek yang menghasilkan IED itu dipercayai seorang individu yang yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bahan letupan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!

Suspek kes bom Siti Kasim miliki kepakaran buat bahan letupan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Sidang Media tangkapan warganegara asing bersama rampasan pelbagai jenis dadah dan senjata api di IPK Kuala Lumpur. – Foto GENES GULITAH

Katanya, pihaknya masih dalam usaha mengumpul petunjuk untuk mengesan suspek yang mendalangi insiden ini dan setakat ini sudah merakam keterangan 13 saksi termasuk Siti.



“Selain mangsa, kita turut merakam keterangan rakan-rakannya, mekanik, pekerja dan pemilik bengkel serta pengawal keselamatan dan mereka yang ada kaitan dengan mangsa. Semua berusia antara 26 hingga 60 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya juga sudah meneliti semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan perjalanan kenderaan Siti dari satu lokasi ke satu lokasi.

Pada 21 Julai lalu, Siti atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.

Dia memberitahu hanya menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis di Bangsar di sini, pada jam 12 tengah hari.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor sebelum in mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti adalah alat letupan termampat

Suspek kes bom Siti Kasim miliki kepakaran buat bahan letupan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading