Mayat kru MV Tung Sung ditemui dalam kabin kapal

Mayat kru MV Tung Sung ditemui dalam kabin kapal

Mayat kru MV Tung Sung ditemui dalam kabin kapal
Mayat kelima kru kapal MV Tung Sung ditemui di dalam kabin kapal kargo itu hari ini. Foto ihsan Maritim Malaysia

KUCHING: Satu lagi mayat kru kapal kargo MV Tung Sung ditemui pasukan mencari dan menyelamat (CARILAMAT) hari ini.

Mayat kelima itu ditemui di dalam kabin kapal berkenaan pada jam 12.14 tengah hari, pada hari ke-12 CARILAMAT digerakkan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, berkata sebelum penemuan mayat itu, pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diatur gerak terlebih dahulu untuk memeriksa keadaan dalam kapal bagi mengesan sekiranya terdapat gas beracun yang akan membahayakan keselamatan pasukan CARILAMAT.



“Selepas dipastikan selamat, pencarian dalam kapal dilakukan dan menemui satu mayat di dalam kabin kapal kargo itu.

“Mayat yang ditemui kemudian dibawa ke Jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Sebuyau sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pengesahan identiti dan siasatan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!




Zin Azman berkata, susulan penemuan mayat di dalam kabin itu, pencarian diteruskan di dalam bilik jentera, namun tidak menemui tiga lagi kru yang hilang.

Berikutan tiada penemuan baharu katanya, Op CARILAMAT insiden kapal kargo MV Tung Sung ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi selepas 12 hari dilaksanakan sejak 20 Julai lalu.

“Op CARILAMAT akan disambung semula sekiranya terdapat sebarang penemuan petunjuk baharu dan aset-aset daripada pasukan penyelamat akan melaksanakan pencarian semasa operasi rutin agensi masing-masing,” katanya.

Semalam, kapal berkenaan yang karam dan terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau, berjaya diapungkan selepas empat hari usaha dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik pemilik kapal.



Dalam kejadian kira-kira 11 malam, 19 Julai lalu, kapal kargo yang dalam pelayaran dari Kuching ke Sarikei karam dan terbalik selepas dibadai ombak besar dan angin kencang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas


Lapan kru berusia antara 20 hingga 52 tahun hilang dengan tiga daripadanya adalah warga tempatan iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Chuit.



Lima lagi adalah warga asing iaitu empat warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun dan Tun Lin Oo, manakala seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.

Seorang kru, Maxwell Billy Stimba, 26, yang juga anak kepada seorang daripada kru yang masih hilang, terselamat kerana tidak menaiki kapal berkenaan ketika memulakan pelayaran dari Kuching.

Pada 22 Julai lalu, empat mayat dipercayai kru kapal terbabit ditemui terapung kira-kira 15 batu nautika dari Pulau Burung.

Bagaimanapun, identiti semua empat mayat yang ditemui itu masih belum dikenal pasti berikutan kesukaran mendapatkan sampel Asid Deoksiribonukleik (DNA) lima warga asing.



Mayat kru MV Tung Sung ditemui dalam kabin kapal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading